Thursday, April 30, 2009

Buku terlaris di gerai PTS PBAKL09

Penulis: Muhammad Alexander
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Harga: RM 31.50 / RM 34.50 
Halaman : 576

Cetakan pertama pada bulan Mac 2009. Sebanyak 5000 naskhah terjualdalam tempoh kurang daripada empat minggu.

Naskhah ulang cetak (ke 2) hanya sempat masuk stor pada hari ketiga terakhir PBAKL 2009. Dalam tempoh 3 hari itu sebanyak 1100 naskhah telah dijual dengan harga potongan 30% (hari terakhir PBAKL).

Dapatkan naskhah ini di semua rangkaian Kinokuniya, MPH, Popular dan kedai-kedai buku yang berhampiran. Lebih mudah sekiranya dibeli secara online di kedai online PTS : Bookcafe.com atau terus klik sini.

Wednesday, April 29, 2009

Sunyi sepi


Hari ini jabatan editorial kosong... sunyi dan sepi... tiada bunyi cengkerik, apatah lagi riang-riang.

Yang ada hanya desiran motor kompresor penghawa dingin yang menemani saya.

Teman-teman editor hari ini menjalani kursus pemantapan perisian mengedit... menambah dan menyegarkan kembali ilmu di ibu pejabat.

Saya tidak terlibat kerana saya bukan editor...

Saya lebih suka suasana biasa. Riuh dengan suara-suara melayan pangilan telefon, gelak tawa, sembang-sembang, berbincang atau apa sahaja. Ketukan jejari di papan kekunci juga menjadi irama yang mengasyikkan.

Namun, apabila sunyi seperti ini...
 otak saya juga turut sepi, tepu dan beku. Seharian tadi saya cuba mencari kembali keghairahan bekerja yang hilang seketika...

Betul kata orang, kita biasanya mensyukuri apabila ada kehilangan... 

Tuesday, April 28, 2009

Baki gambar

Baki gambar-gambar yang saya tidak sempat upload, boleh dilihat di web album saya ini. Klik sini.


Monday, April 27, 2009

Hari berikutnya

Mohon maaf kepada teman-teman...

Saya tidak dapat mengemaskini dan menambah gambar-gambar selepas hari berikutnya... 

Setiap hari berikutnya saya pulang dari PBAKL dalam keadaan letih dan tidak mampu untuk duduk mengadap komputer. 

Seharian di PBAKL sejak Jumaat lepas benar-benar menguji kecergasan badan ini. Hidung tersumbat, lenguh kaki, pinggang, mata yang letih adalah simptom awal ketidakcergasan saya yang semakin ketara selepas lima hari melayan pelanggan di gerai.

Hari ini, big boss berikan cuti ihsan. Selain dari pada meraikan sasaran jualan jauh yang melampaui jangkaan, ia juga adalah peluang kepada staf PTS untuk 'mengecas bateri'.

Perjuangan masih lagi belum selesai. Hujung bulan hadapan ada satu lagi pesta buku yang besar iaitu READ Malaysia Book Fair di The Mines pada 29 Mei - 7 Jun. Sekali lagi kami akan ke gelanggang, menemui pelanggan PTS secara live.

Rasanya lepas pesta buku ini saya perlu kembali ke gym, bukan untuk membina otot, tetapi menambah stamina dan mengedurkan(sedikit sahaja) mana-mana susuk tubuh yang rancak menggebu dan mengelembung.. hehehe.

Kata kawan-kawan lama yang datang menyinggah PBAKL tempoh hari: "Kenapa sejak balik Mekah ini semakin tembam?"... 

Kata prof Kamil: "Haji mabrur itu antara tandanya, kita berubahan dari sebelum dan selepas Haji". 

Mungkinkah ketembaman saya yang kian ketara ini tanda mendapat haji mabrur?..  Kalau begitu...  Alhamdulillah!



(gambar dari Facebook penyair muda Hasmora Masnuri)

Tuesday, April 21, 2009

Hari ke lima


Jam 10.30 pagi

Peminit Baharudin Bekri

Penulis buku Geng Genius dikerumuni peminat

3.00 petang...

Sesi membaca naskhah oleh Sifu PTS, Pn Ainon, (buku Koleksi Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan)

DJ Radio PTS, Hisham dan Nazri

5.00 petang... 

Editor PTS One, Cik Haryani, masih setia melayan pengunjung walapun kelesuan

Slot baca naskhah, buku Hidup Bahagia Dengan Poligami

Monday, April 20, 2009

Penulis pujaan


Ini adalah gambar ahli panel forum sai fai semalam.
Di kanan sekali adalah Ahmad Patria Abdullah. Penulis buku-buku wira Artakus dalam Siri Saga Artakusiad, genre fantasi ala Lord of The Ring.
Buku beliau yang pertama saya baca adalah siri kedua Saga Artakusiad iaitu Kembar Artakus, pada tahun 1989. Ketika itu saya dalam tingkatan dua di Sekolah Menengah Agama Selangor. Naskhah milik koleksi rakan sekelas, Hafiz, anak allahyarham Othman Puteh.
Kembar Artakus benar-benar memikat hati. Genre yang asing dan lain daripada buku-buku di perpustakaan sekolah yang pernah saya baca. 
Hari itu adalah titik permulaan cinta dan kegilaan saya kepada Artakus. Saya mula mencari dan menanti siri-siri sebelum dan yang seterusnya.
Biasanya saya dan rakan-rakan bergilir-gilir meminjam dari Hafiz. Apabila tidak sabar menunggu giliran yang panjang, saya tumpang membaca di kedai buku Dewan Cipta di bandar Kajang apabila 'keluar ke pekan' di hujung minggu. Saya tidak mampu untuk membelinya pada waktu itu.
Saya dan rakan-rakan seasrama yang lain menjadi peminat setia Artakus. Kami berangan-angan menjadi Artakus dan mula menggelarkan diri masing-masing dengan watak-watak dalam siri Artakus.
Dalam pada keghairahan membaca siri-siri Artakus, sekuel novel tersebut terhenti di siri ke enam sahaja. Ibarat gantung tidak bertali. Sehingga ke hari ini siri tersebut tamat tanpa penghujung. Jenuh saya menunggu, namun saya hanya pungguk yang rindukan bulan.
Bertahun-tahun kemudian, apabila sudah bekerja, saya ke DBP dan cuba mengumpul kembali siri-siri Artakus ini. Hanya dua sahaja siri Artakus yang masih ada (walaupun kusam). Siri yang lain sudah lama habis dan tidak diulang cetak.
Apabila filem Lord of The Ring bermain di wayang, saya merasakan semacam deja vu. Saya bergurau sendirian dalam hati: "Cis! Hollywood mencuri idea Ahmad Patria Abdullah". 
Hehehe.. oh! betapa fanatiknya saya pada Artakus. Peminat Artakus sudah bertahun lamanya menerokai alam Lord of The Ring sebelum Hollywood menvisualkannya.
Setelah bertahun memendam rindu pada Artakus, semalam saya berkesempatan bersalam dengan lagenda penulis yang telah berjaya membuka minat saya terhadap genre fantasi dan sai fai. 
Petang semalam, saya benar-benar teruja mendengar celoteh Abang Pat. Dalam keasyikan itu, fikiran saya melayang jauh beberapa tahun kebelakang, mengimbau nosltalgia cinta pertama saya dengan Artakus.
Terima kasih Abang Pat... 

Hari ke empat...

Maaf, hari ini tidak ada laporan berita... wartawan pergi PWTC lima minit sahaja. Kemudian, terpaksa pulang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

klik disini untuk berita dari wartawan PTS.

Sunday, April 19, 2009

Hari ke tiga...


Jam 11.00 pagi

Jam 1pm

Tetamu istimewa, penulis bestseller Travelog Haji: Prof Kamil & isteri; Pn Roza, beserta anak-anak

Tetamu: Ustaz Zamri Zainal Abidin, Ikim.FM

Puan Kursyi Hirdan penulis yang mempunyai lebih 4 novel (dan banyak lagi dalam pembikinan)


5.00 petang..

Penat? tetapi nampak ceria...

Orang kuat sales (kawasan Pantai Timur), En Azari, masih ceria dan mesra melaya pengunjung

Penulis; Zamri Mohammad, setia melayang pengunjung

Tetamu undangan, penulis PTS, Imuda bersama Chairman PTS

Tutup gerai, menunggu taklimat dari malam

Taaruf, staf baru PTS Islamika melapor diri hari ini di pesta buku pagi tadi... Sdr Hariri

Taklimat akhir oleh Pengurus Marketing PTS merangkap Ketua Operasi Gerai PBAKL, Pn Norhazizam (ceria ada makna tu... )

Saturday, April 18, 2009

Kesesakan panjang di kaunter bayaran - Hari ke2

HARI KE2 PBAKL 09 DI GERAI PTS

Tuan Alang Bidara @ Imran Yusuf (penulis PTS) pun terpaksa beratur panjang..



Kaunter ke tiga (tambahan) juga masih tidak mampu menampung kebanjiran pengunjung.. (Sales Manager, En Zaharin, menjadi kasyer tambahan... bidan terjun)

Ini adalah antara barisan yang panjang. Terima kasih kerana sabar menunggu.

Jam 3 ptg... masih lagi sesak

Antara kekosongan di rak-rak PTS.. (stok tambahan juga habis) Untuk makluman, bagi mereka yang mencari Buku Travelog Haji, stok habis licin... dalam stor juga tidak ada. Peminat Prof Kamil perlu tunggu sekurang-kurangnya tiga minggu lagi untuk di ulang cetak kali ke 8.


Friday, April 17, 2009

Selesai menyusun buku di rak. Pra-Pesta Buku

Tapak gerai


Menyusun buku..


Stowaway! 
- Mat Jan dan Imran ditugaskan sebagai security officer PTS - Probos Marshal PTS



Belon yang dipaksa turun tahta sebelum masanya bermula...




Kerja berat tapi ceria


Hampir siap


Siap!




Berkampung di PWTC


Bermula hari ini (17 April) hingga 26 April (Ahad), tim pesta buku PTS yang terdiri daripada staf editorial, marketing, sales dan pentadbiran, akan berkampung di PWTC bagi menjayakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Kali ini PTS menawarkan dua kategori diskaun untuk semua buku-buku yang dijual:

1) Diskaun harian : 15% .

2) Diskaun hari istimewa (17, 18, 19, 20, 21 April) : 20%  - sekiranya menggunakan kupon yang boleh dibuat turun di sini (kupon boleh difotostat):  http://pts.com.my/pestabuku/download/kuponPTS.pdf 

Untuk maklumat tengtang aktiviti di gerai PTS pula, layari pautan ini:


Ini adalah peta ke gerai PTS.















 

Tuesday, April 14, 2009

Cowboy Malaysia?

Adakah kita sudah kembali ke era Wild Wild West atau budaya ganas Hollywood semakin menular di negara ini? 
Mungkinkah kepintaran emosi rakyat Malaysia semakin menurun dengan meningkatnya kuasa dan tahta mereka? 
Atau manusia semakin tidak pandai mengawal stres mereka? Atau pun mereka semakin jau dari ketenangan rahmat maha pencipta?
Ya Allah, adakah ini dunia yang diwariskan kepada generasi sekarang?....


Tuesday April 14, 2009

Datuk pulls out gun over parking spot


KUALA LUMPUR: A special assistant to a minister is being investigated by police for brandishing a gun at an auxiliary policeman.

The incident allegedly occurred at the KL Sentral parking bay on Saturday evening when the Datuk, a senior government officer, was told he was not allowed to park at a certain spot.

Angered by the instruction, he pulled out his gun and threatened to shoot the auxiliary policeman with it.

Alarmed, the policeman later filed a police report.

Kuala Lumpur police CID chief Senior Asst Comm II Datuk Ku Chin Wah confirmed the incident, adding the case was being investigated under Section 506 of the Penal Code for criminal intimidation.


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/14/nation/3688312&sec=nation

Monday, April 13, 2009

Kawan lama

Sebaik menjejakkan kaki ke pejabat pagi ini, saya disambut oleh bau masam kain lembap yang terperap.

Kata Firdaus, editor Islamika, siling bocor malam tadi.

Hujan sepanjang hari semalam menyebabkan air yang entah bocor dari mana meresap melalui silling dan menitis di atas meja saya dan mesin fax yang berada berdekatan. Akibatnya, beberapa fail menjadi lembap manakala mesin fax dipenuhi air yang bertakung. Hampir segelas penuh banyaknya air yang keluar daripada mesin fax itu apabila ia ditonggengkan.

Yang peliknya, pejabat saya ini ditingkat dua. Ada satu lagi tingkat di atas kami. Tidak diketahui apa nasib pejabat yang menyewa di atas. Macamana pun, alhamdulillah, tidak ada banyak kerosakan yang berlaku.

***

Di waktu petang pula, untuk seketika, hujang turun lebat lagi. Alhamdulillah.

Dalam rebas-rebas hujan, saya memandu ke Setapak. Menemui rakan lama untuk membincangkan beberapa potensi kerjasama syarikat.

Kali terakhir bertemu rakan ini; Saharudin Saari, adalah 10 tahun lepas. Kami pernah beberapa kali sekelas ketika di UIA dahulu. Kurang setahun lepas, saya bertemu Sahar hanya dalam Facebook. Sejak itu kami hanya bertegur sapa di alam maya.

Saharudin kini adalah seorang usahawan. Bisnes beliau jauh dari disiplin pengajian kami dahulu. Beliau bersama beberapa orang rakan mengusahakan syarikat pembekal perkhidmatan aplikasi telefon bimbit (content provider) untuk firma telekomunikasi dan jabatan kerajaan. Syarikat beliau juga terlibat dengan aktiviti rakaman dokumentari, media dan pengiklanan. 

Sahar berulang dari Setiawan, Perak ke pejabat di KL setiap minggu. Isteri dan anak-anak beliau menetap di Setiawan Perak. Tidak pasti pula kenapa Sahar tidak membawa keluarga menetap di KL.

Saya cukup kagum dengan Saharudin. Seorang pelajar lulusan Kuliah Ilmu Wahyu mengusahakan bisnes yang media dan ICT. Kalau tidak silap, Sahar antara beberapa orang rakan seangkatan kami dahulu yang terlibat dengan bisnes media dan produksi filem dokumentari ini. Kesemua mereka bukan daripada jurusan ICT, Media mahupun Bisnes.

Dalam kerancakan kami berbicara tentang bisnes, teknologi ICT, duit dan penulisan, sekali sekali beliau menyelitkan falsafah perjuangan dan tanggugjawab dakwah dalam bisnesnya. Kata Sahar, apa guna memegang ijazah Ilmu Wahyu sekiranya tidak menjadikan bisnes sebagai wasilah dakwah. UIA seharusnya berbangga kerana melahirkan graduan yang seperti ini.

Tahniah Sahar, semoga terus berjaya dengan cemerlang. Insya'Allah di mana ruang yang ada, kita cuba bekerjasama. Itulah kata-kata terakhir kami lewat petang di restoran Dapur Sarawak, Gombak. Pertemuan perrtama selepas 10 tahun dan insya'Allah bukan yang terakhir. 

Wallahu'alam.

(Gambar)Selain dari rambut yang mula menampakkan uban dan sedikit pipi yang temban, wajah Sahar tidak jauh berbeda dari dulu.  "Sahar, saudara kelihatan tua 10 tahun kerana uban itu..."