Monday, January 2, 2012

BERSYUKUR KEPADA ALLAH

Seorang hamba yang taat kepada Allah adalah hamba yang mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya. Pesan Allah dalam surah al-nahl ayat 114:
وَٱشۡڪُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ
“Dan bersyukurlah atas nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata”
 Kita wajib bersyukur kerana dua sebab utama:
  1. Supaya nikmat yang dikurniakan Allah itu kekal. Sebab jika kita tidak bersyukur segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita akan hilang
  2. Supaya nikmat yang dikurniakan Allah itu bertambah.

Sesuatu nikmat menjadi berpanjangan kepada kita apabila kita bersyukur dan syukur itu adalah pengikat kepada sesuatu nikmat. Bersyukur menjadikan sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah itu berterusan dan kekal kepada kita. Sebaliknya, apabila kita tidak bersyukur, nikmat itu akan hilang dan lenyap.

Allah memberi peringatan kepada kita dalam surah al-Ra'd ayat 13:
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ﴿١١﴾
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.


    Allah mengingatkan dalam al-Quran :
     وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِ يدٌ Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim: 7)
Syukur itu adalah pengikat nikmat. Dengan bersyukur sesuatu nikmat itu akan kekal dan tetap menjadi milik kita.

Sebaliknya, apabila tidak bersyukur sesuatu nikmat itu akan hilang dan berpindah tempat. Allah 'Azza wa Jalla memberi tahu dalah al-Quran:
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (ar-Ra'd : 13)

Dipetik daripada buku Minhajul Abidin karya Imam Ghazali