Wednesday, March 23, 2005

Sang Wira Hitam

(ni petikan dari artikel lama)

Hari ini (23.3.05 - Rabu) tercapai lah cita-cita untuk belikan ayah kereta. Dapat juga ayah merasa kereta baru selepas beberapa tahun, dalam usia meningkat 65 tahun. Sang Wira Hitam - automatik. Sudah lama bercita-cita hendak bagi kemudahan kat ayah memandu kereta auto. Akhirnya tercapai juga. Kesian tengok ayah pandu kereta Honda Civic lama tu. Enjin memanglah masih ok, pendingin hawa sudah tidak rasa sangat sejuknya. Kalau memandu tengahari bertambah tidak terasa sejuknya. Kereta itu selalu juga meragam, ditambah dengan kerusi yang sudah koyak sarungnya membuatkan rasa kurang selesa apabila duduk atasnya.

Ayah tidak pernah meminta, tetapi memang sejak dari mula saya beli kereta, sudah berangan-angan hendak belikan ayah satu, apabila ada rezeki lebih.

Dalam usia ayah macam itu, memang meletihkan bila memandu kereta transmisi manual.. Lepas ini ayah boleh hantar mak pergi sekolah, tidak lah letih sangat. Mak pun tidak kena jalan kaki tengahari. Dulu waktu memohon lesen kereta, saya pernah berniat, apabila dapat lesen nanti saya akan hantar mak pergi sekolah, dan bawa mak jalan-jalan. Ayah boleh berehat di rumah. Saya sudah tunaikan janji saya itu. Bertahun-tahun juga saya menjadi supir mak, dari Johor Bharu sampai ke Kodiang, Kedah, saya bawa mak dan ayah. Tetapi, apabila sibuk bekerja dan tinggal berjauhan selepas berkahwin (tak jauh mana pun), terpaksa serahkan semula tanggunjawab jadi supir mak ni kepada ayah dan sekarang dipangku oleh adik yang masih bujang dan baru dapat lesen. Ayah hendak pergi masjid setiap hari terutama hari Jumaat pun senang. Kalau jem ketika keluar masjid lepas solat Jumaat pun tidak lah 'berasap' kepanasan dalam kereta. Hemm.. banyak lagi manfaatnya untuk ayah selain dari itu.

Seingat saya kali terakhir ayah beli kereta baru waktu kami tinggal di Jeddah, Saudi Arabia, tahun 1984-86. Waktu itu ayah kerja di sana dua tahun lebih. Ayah beli kereta Mazda 626, special edition. Bila balik M'sia kereta itu tidak boleh bawa balik akibat birokrasi majikan yang menyusahkan dan tidak konsisten. Ayah beli kereta lain.. itu pun lama selepas tu, dalam tahun 1995 ayah beli kereta Honda 2nd hand, model tahun 1984. Ok lah, tetapi bertahun-tahun juga Honda itu asyik keluar masuk workshop, repair sana sini.. maklumlah kereta sudah semakin 'uzur'. Ayah beli itu pun kena tipu dengan kawan. Kawan ayah kata kereta itu kondisinya baik - tip top, tetapi rupanya pernah kemalangan teruk. Rupanya ada juga orang yang suka mengambil kesempatan atas sikap berbaik sangka ayah, dan percaya kepada kawan.

Oleh kerana waktu itu anak-anak ayah seramai 6 orang ini sedang membesar di U, sekolah asrama, rendah dsb, maka ayah pendamkanlah hasrat hendak beli kereta baru. Ayah kata cukuplah apa yang ada, berbanding dengan orang lain yang tidak ada kereta. Lagi pun ayah malas nak berhutang lagi. Jadi, walaupun ada masalah sana sini, ayah betulkan mana yang wajib sahaja. Hikmahnya, yang utama, saya belajar berkenalan dengan enjin kereta. Ya lah, bila perlu hantar ke bengkel, saya lah yang akan bawa dan duduk berjam-jam dengan mekanik. Saya pun memang hendak belajar tentang enjin. Mana-mana yang minor tu boleh repair sendiri. Sampai hari ni, setakat tukar minyak hitam, filter, plug, brake pad, minor wiring, dan lain-lain yang minor dan enteng tu dah kira kacang le.. (berlagak sikit). Atau paling kurang pun, kalau pergi bengkel tidaklah sewenang-wenangnya mekanik hendak 'putar alam'. Kira kereta Honda ni banyak juga nostalgia kepada saya (termasuk rosak teruk sebab kena langgar... saya lah yang pandu tu)

Tapi, macamana pun sekarang ayah guna kereta baru. Alhamdulillah, semoga Allah melindungi ayah, penumpangnya dan Sang Wira Hitam tu.. (walaupun mak kata macam naik kereta askar...!)

No comments: