Saturday, April 19, 2008

Akhirnya...

Alhamdulillah...

Akhirnya, hari ini saya dapat melayari internet di rumah, sejak modem rosak, beberapa minggu lepas.

Melayari internet secara bebas.. di mana sahaja saya berada, di serata pelusuk rumah ini.

Saya baru membeli ADSL modem. Kombinasi modem + router + wireless dalam satu alat. Sebelum ini, bagi mendapatkan kemudahan wireless, saya menggunakan dua alat yang berlainan. Iaitu satu modem dan satu lagi wireless router.

ADSL modem ini fungsi dan hasilnya sama sahaja dengan alat saya yang sebelum ini. Cuma untungnya, tidak perlu dua alat. Saya juga dapat mengurangkan keseliratan wayar-wayar di meja tulis. Kurang sedikit bahan untuk si comel Sameer bermain, merentap dan bergayut!!

Untuk kredit, modem ini saya kirim kepada teman yang kebetulan hobinya adalah melawat pusat IT di Plaza Low Yuatt. Hampir setiap minggu saudara Razib Rosli ke sana. Kalau harap saya untuk membelinya, maka bertambah panjang masa bertangguh dan semakin banyak sedekah bulanan saya kepada TM Streamyx.

ADSL Modem ini bukannya tidak ada dijual di sekitar Taman Permata ini, cuma pilihan jenis dan harga agak terhad. Di Plaza Low Yuatt ia dapat dibeli dengan harga kurang RM20-30 berbading di sekitar Taman Permata untuk jenis yang sama.

Hemm banyak juga jimat itu..

(p/s: Ini ADSL Modem dari jenis Netgear. Mahal sedikit berbading dengan dua tiga jenama lain, tetapi cara penetapannya (setting) lebih mudah dan mesra... terutama untuk spesis jahil IT macam saya ini.)

No comments: