Wednesday, April 16, 2008

Pasca Pesta Buku

Pesta buku sudah tamat...

Sales PTS berkali ganda dari tahun lepas.. alhamdulillah

Tiga judul Islamika masuk top 10 bestseller untuk buku non-fiksyen bagi pesta buku kali ini. Rahsia Islam di China menduduki tangga no 1, Travelog Haji (#2) dan Ahmadinejad (#3). Segala pujian bagi Allah.

Berbaloi panggil 'singa' menari untuk launching. Penangan tarian naga ketika launching juga menyebabkan Imran yang bekerja keras demam dua hari.

Hari ini (pagi) ...
Pejabat kembali meriah, dan sibuk. Walaupun dalam mood yang agak perlahan berbeda dengan sebelum pesta buku.

Sudah seminggu lebih tidak masuk pejabat. Sudah seminggu lebih juga kerja-kerja atas meja tidak berusik dengan bersungguh. Hari ini rasa 'mamai' lagi, namun dipaksanya juga diri ini untuk bekerja. Badan yang masih terasa lenguh ini kalau ikut hati ingin sahaja dimanjakan. Ahh.. semakin dimanjakan semakin naik lemaknya nanti. Siapa pula hendak tanggung kalau kerja menimbun?...

Atas meja, ada lima manuskrip yang perlu di nilai. Itu tidak termasuk lagi empat yang dikirim softcopynya.

Dalam Inbox ada lebih 200 email yang tidak sempat dibaca sejak khamis lepas. Biasanya apabila tidak sempat membaca email di pejabat, saya akan baca di rumah. Tetapi kali ini tidak sempat dek keletihan balik dari pesta buku.. dan modem di rumah yang sudah seminggu lebih rosak.

Dari jumlah itu ada separuh yang perlukan jawapan. Ada yang boleh dijawab segera, ada yang perlu tangguh sedikit, kerana perlu buat research (terutama yang minta pandagan tentang proposal dan contoh bab) Hemm.. Berpinar lah mata yang sudah lebih seminggu ni tidak mengadap komputer ini.

Tim Islamika:
Berkampung di stor untuk aktiviti menampal ISBN yang silap cetak. Saya tidak dapat bersama kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan di ibu kota.


Lewat petang...
Hujan yang turun mencurah-curah sejak tengahari tadi semakin reda, mata sudah berpinar, jari jemari semakin lenguh, lengan hampir krem, tekak sudah kering dan perut sudah lapar. Masa untuk pulang... (alasan).

No comments: