Sunday, May 3, 2009

Macam-macam

Cerita menarik ini saya petik dan salin daripada blog Tuan Fudzail.


Begitulah cerita dari sebuah akhbar berbahasa Arab.

Mat Salleh ini, beberapa hari sebelum kejadian yang tidak diingini ini berlaku adalah jutawan yang mempunyai segala-galanya. Villa besar, beberapa kereta mewah, saham-saham di Bursa Dubai, keluarga yang bahagia dan banyak syarikat termasuk dalam sektor hartanah.

Tiba-tiba kemelut dan krisis ekonomi membogelkan realiti. Anak-anak terpaksa diberhentikan dari sekolah, villa, kereta tergadai, syarikat-syarikat bungkus, saham-saham terus jatuh ke paras negatif.

Dia dan keluarganya kini MEREMPAT, homeless dan penniless..malah berhutang lagi!

Maka, sebagai protes kepada bala dan malang yang menghimpit, dia mengambil keputusan untuk membogelkan semua untuk ditontoni khalayak.

Dia tidak mahu simpati, dia mahu masuk penjara sebab semuanya PERCUMA dan dia selamat dalam penjara...termasuk diberi pakaian dan penginapan yang dikawal rapi dari along-along yang mahu menyiat-nyiat tubuhnya!

(Nota kaki Tn Fudzail - Tiada undang-undang muflis di UAE...cuma masuk penjara kalau tidak bayar hutang, cek tendang...dan penjara di Dubai macam hotel 3 bintang gitu, bebas...siap ada wi-fi dan buat urusan niaga melalui Internet dan telefon..pernah masuk sebagai tetamu dengan Yusuf Islam untuk berceramah...:)-

Hilang lagi….

Ini emel yang saya terima...

Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .


Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau : 

Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.
juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan
terutamanya di sekitar KL

Thursday, April 30, 2009

Buku terlaris di gerai PTS PBAKL09

Penulis: Muhammad Alexander
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Harga: RM 31.50 / RM 34.50 
Halaman : 576

Cetakan pertama pada bulan Mac 2009. Sebanyak 5000 naskhah terjualdalam tempoh kurang daripada empat minggu.

Naskhah ulang cetak (ke 2) hanya sempat masuk stor pada hari ketiga terakhir PBAKL 2009. Dalam tempoh 3 hari itu sebanyak 1100 naskhah telah dijual dengan harga potongan 30% (hari terakhir PBAKL).

Dapatkan naskhah ini di semua rangkaian Kinokuniya, MPH, Popular dan kedai-kedai buku yang berhampiran. Lebih mudah sekiranya dibeli secara online di kedai online PTS : Bookcafe.com atau terus klik sini.

Wednesday, April 29, 2009

Sunyi sepi


Hari ini jabatan editorial kosong... sunyi dan sepi... tiada bunyi cengkerik, apatah lagi riang-riang.

Yang ada hanya desiran motor kompresor penghawa dingin yang menemani saya.

Teman-teman editor hari ini menjalani kursus pemantapan perisian mengedit... menambah dan menyegarkan kembali ilmu di ibu pejabat.

Saya tidak terlibat kerana saya bukan editor...

Saya lebih suka suasana biasa. Riuh dengan suara-suara melayan pangilan telefon, gelak tawa, sembang-sembang, berbincang atau apa sahaja. Ketukan jejari di papan kekunci juga menjadi irama yang mengasyikkan.

Namun, apabila sunyi seperti ini...
 otak saya juga turut sepi, tepu dan beku. Seharian tadi saya cuba mencari kembali keghairahan bekerja yang hilang seketika...

Betul kata orang, kita biasanya mensyukuri apabila ada kehilangan... 

Tuesday, April 28, 2009

Baki gambar

Baki gambar-gambar yang saya tidak sempat upload, boleh dilihat di web album saya ini. Klik sini.


Monday, April 27, 2009

Hari berikutnya

Mohon maaf kepada teman-teman...

Saya tidak dapat mengemaskini dan menambah gambar-gambar selepas hari berikutnya... 

Setiap hari berikutnya saya pulang dari PBAKL dalam keadaan letih dan tidak mampu untuk duduk mengadap komputer. 

Seharian di PBAKL sejak Jumaat lepas benar-benar menguji kecergasan badan ini. Hidung tersumbat, lenguh kaki, pinggang, mata yang letih adalah simptom awal ketidakcergasan saya yang semakin ketara selepas lima hari melayan pelanggan di gerai.

Hari ini, big boss berikan cuti ihsan. Selain dari pada meraikan sasaran jualan jauh yang melampaui jangkaan, ia juga adalah peluang kepada staf PTS untuk 'mengecas bateri'.

Perjuangan masih lagi belum selesai. Hujung bulan hadapan ada satu lagi pesta buku yang besar iaitu READ Malaysia Book Fair di The Mines pada 29 Mei - 7 Jun. Sekali lagi kami akan ke gelanggang, menemui pelanggan PTS secara live.

Rasanya lepas pesta buku ini saya perlu kembali ke gym, bukan untuk membina otot, tetapi menambah stamina dan mengedurkan(sedikit sahaja) mana-mana susuk tubuh yang rancak menggebu dan mengelembung.. hehehe.

Kata kawan-kawan lama yang datang menyinggah PBAKL tempoh hari: "Kenapa sejak balik Mekah ini semakin tembam?"... 

Kata prof Kamil: "Haji mabrur itu antara tandanya, kita berubahan dari sebelum dan selepas Haji". 

Mungkinkah ketembaman saya yang kian ketara ini tanda mendapat haji mabrur?..  Kalau begitu...  Alhamdulillah!



(gambar dari Facebook penyair muda Hasmora Masnuri)

Tuesday, April 21, 2009

Hari ke lima


Jam 10.30 pagi

Peminit Baharudin Bekri

Penulis buku Geng Genius dikerumuni peminat

3.00 petang...

Sesi membaca naskhah oleh Sifu PTS, Pn Ainon, (buku Koleksi Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan)

DJ Radio PTS, Hisham dan Nazri

5.00 petang... 

Editor PTS One, Cik Haryani, masih setia melayan pengunjung walapun kelesuan

Slot baca naskhah, buku Hidup Bahagia Dengan Poligami

Monday, April 20, 2009

Penulis pujaan


Ini adalah gambar ahli panel forum sai fai semalam.
Di kanan sekali adalah Ahmad Patria Abdullah. Penulis buku-buku wira Artakus dalam Siri Saga Artakusiad, genre fantasi ala Lord of The Ring.
Buku beliau yang pertama saya baca adalah siri kedua Saga Artakusiad iaitu Kembar Artakus, pada tahun 1989. Ketika itu saya dalam tingkatan dua di Sekolah Menengah Agama Selangor. Naskhah milik koleksi rakan sekelas, Hafiz, anak allahyarham Othman Puteh.
Kembar Artakus benar-benar memikat hati. Genre yang asing dan lain daripada buku-buku di perpustakaan sekolah yang pernah saya baca. 
Hari itu adalah titik permulaan cinta dan kegilaan saya kepada Artakus. Saya mula mencari dan menanti siri-siri sebelum dan yang seterusnya.
Biasanya saya dan rakan-rakan bergilir-gilir meminjam dari Hafiz. Apabila tidak sabar menunggu giliran yang panjang, saya tumpang membaca di kedai buku Dewan Cipta di bandar Kajang apabila 'keluar ke pekan' di hujung minggu. Saya tidak mampu untuk membelinya pada waktu itu.
Saya dan rakan-rakan seasrama yang lain menjadi peminat setia Artakus. Kami berangan-angan menjadi Artakus dan mula menggelarkan diri masing-masing dengan watak-watak dalam siri Artakus.
Dalam pada keghairahan membaca siri-siri Artakus, sekuel novel tersebut terhenti di siri ke enam sahaja. Ibarat gantung tidak bertali. Sehingga ke hari ini siri tersebut tamat tanpa penghujung. Jenuh saya menunggu, namun saya hanya pungguk yang rindukan bulan.
Bertahun-tahun kemudian, apabila sudah bekerja, saya ke DBP dan cuba mengumpul kembali siri-siri Artakus ini. Hanya dua sahaja siri Artakus yang masih ada (walaupun kusam). Siri yang lain sudah lama habis dan tidak diulang cetak.
Apabila filem Lord of The Ring bermain di wayang, saya merasakan semacam deja vu. Saya bergurau sendirian dalam hati: "Cis! Hollywood mencuri idea Ahmad Patria Abdullah". 
Hehehe.. oh! betapa fanatiknya saya pada Artakus. Peminat Artakus sudah bertahun lamanya menerokai alam Lord of The Ring sebelum Hollywood menvisualkannya.
Setelah bertahun memendam rindu pada Artakus, semalam saya berkesempatan bersalam dengan lagenda penulis yang telah berjaya membuka minat saya terhadap genre fantasi dan sai fai. 
Petang semalam, saya benar-benar teruja mendengar celoteh Abang Pat. Dalam keasyikan itu, fikiran saya melayang jauh beberapa tahun kebelakang, mengimbau nosltalgia cinta pertama saya dengan Artakus.
Terima kasih Abang Pat...