Monday, July 28, 2008

Jubah Baru Graduan UIA

Ini adalah contoh jubah konvokesyen graduan UIA yang terbaru. Sebelum ini, graduan UIA memakai songkok (lelaki) dan tudung (perempuan) yang bersulamkan logo UIA. Itu membuatkan graduan UIA kelihatan istimewa dan berbeda dengan graduan universiti yang lain.

Walaupun memakai songgok dan tudung belum tentu menggambarkan keislaman seseorang namun ia cukup sebagia simbol Islam, sesuai dengan nama universiti ini. Pelaja lelaki dan perempuan yang bukan Islam, tidaklah pula kelihatan dipaksa menjadi Muslim apabila memakainya, kerana ia adalah pakaian rasmi untuk konvokesyen graduan.

Namun, keistimewaan tersebut telah diubah kepada suatu yang biasa-biasa sahaja sama seperti universiti lain apabila fesyen jubah terbaru diperkenalkan dan diluluskan seperti di bawah ini.

Songkok dan tudung digantikan dengan mortar-board.

Kata Rektor UIA, Prof Syed Arabi: "... membolehkan semua graduan kelihata segak dan kemas.." Hemm.. nampaknya kata prof ini, sebelum ini graduan UIA apabila memakai songkok dan tudung kelihatan selekeh dan tidak kemas?... Mana punya kajian dan tinjauanlah yang dia buat ini?

Secara peribadi saya tidak setuju.

Saya masih terasa bangganya memakai jubah tersebut ketika hari konvokesyen lebih 10 tahun lepas. Kemas dan segak. Tetapi, siapalah saya... ish.ish..ish..

4 comments:

Anonymous said...

Eh..ko tau kan kaler pun dah tukar kepada biru firus? Bukan hijau firus mcm dulu....bg aku...UIAM dah hilang identitinye......

NAP

Anuar Manshor said...

Songkok UIA itu menjadi rebutan semasa di UIA. Mana pernah orang campak songkok selepas keluar CAC kan. Lepas ini tentulah topi itu dicampak-campakkan.

Anonymous said...

Di mata orang berpendidikan Barat, apa-apa yang Barat itulah yang "segak" dan "kemas".

Besok bila Rektor UIA PhD-nya dari Sudan, berserban putihlah pulalah kita. Hmm... Ada-ada sahaja.

Walau apa pun, yang sudah tentu senyum-senyum ke bank adalah supplier!

dewangga sakti said...

Satu tindakan yg tidak tepat.
Menggantikan sesuatu yg sudah menjadi tradisi dan identiti UIA.