Kali pertama pagi Jumaat, kemudian tengahari, kemudian petang. Hari Sabtu malam bergegar lagi. Pagi tadi sekitar jam 4.30 pagi dapat SMS dari Iwan: 'Janda Baik bergegar lagi'. Pagi tadi sahaja hampir lima kali gegaran. Gegaran yang terakhir adalah yang terkuat. Kata Qalif, anak Sifu PTS:
"Gegaran yang terakhir menggegarkan bumbung rumah."
Kata Iwan, dia terjaga dari tidur apabila terasa bumi bergegar. Sebelum gegaran ada bunyi seperti letupan di udara. Tidak diketahui bunyi apa dan puncanya. Hampir semua orang di Janda Baik bangun dan merasai gegaran yang dianggarkan berskala 3.5 richter selama beberapa saat.
Pagi ini saya lawat laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, dan cuma ada petikannya ini yang berkaitan gempa bumi terbaru:
Gempa Bumi 4 Disember 2007Hemm... jauh tempat gempa bumi itu dengan Janda Baik. Jadi, tidak mungkin gegarannya sampai ke Janda Baik sahaja, tidak ditempat lain. Lagi pun Janda Baik ini terletak di puncak bukit di banjaran titiwangsa. Malaysia dikatakan sebagai negara yang tidak termasuk dalam linkungan negara gempa bumi.Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 skala richter telah berlaku di Linkungan Kepulauan Flores, pada pukul 11.48 malam 4 Disember 2007. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 8.9 selatan longitud 122.6 timur, 1551 km dari tenggara Tawau.
Saya tidak pasti bagaimana penduduk JB (termasuk Iwan) boleh mengetahui gegaran tersebut berskala 3.5 richter? Mungkinkah ada yang sudah biasa atau pernah merasa gegaran gempa bumi dan boleh mengagak skalanya? Atau telahan sahaja.
Gempa bumi yang berskala 3.5 richter atau kurang, boleh dirasai gegarannya tetapi, tidak mengakibatkan kerosakan besar. Berikut adalah contoh kesan gegaran mengikut skala richter, yang saya petik dari wikipedia.
Richter Approximate Magnitude | Approximate TNT for Seismic Energy Yield | Joule equivalent | Example |
0.5 | 5.6 kg (12.4 lb) | 23.5 MJ | large Hand grenade |
1 | 32 kg (70 lb) | 134.4 MJ | Construction site blast |
1.5 | 178 kg (392 lb) | 747.6 MJ | WWII conventional bombs |
2 | 1 metric ton | 4.2 GJ | late WWII conventional bombs |
2.5 | 5.6 metric tons | 23.5 GJ | WWII blockbuster bomb |
3 | 32 metric tons | 134.4 GJ | Massive Ordnance Air Blast bomb |
3.5 | 178 metric tons | 747.6 GJ | Chernobyl nuclear disaster, 1986 |
4 | 1 kiloton | 4.2 TJ | Small atomic bomb |
Pagi tadi saya menalifon beberapa orang teman di akhbar, bertanyakan maklumat tentang gempa tersebut. Menurut maklumat mereka, gegaran tersebut adalah akibat daripada aktiviti pergerakan tanah (atau plat tetronik?) di banjaran Titiwangsa. Dalam erti kata lain ialah gempa bumi kecil. Sumber Jabatan Meteorologi mengatakan: "Jangan bimbang." (Hemm... kenapa mereka masih belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi?).
Munkin juga gegaran tersebut menandakan ada aktiviti gunung berapi yang terpendam di sekitar banjaran Titiwangsa. Namun, kajian geologi mengatakan Malaysia tidak termasuk dalam lingkaran gunung berapi.
Sekiranya gempa bumi atau gunung berapi benar-benar (akan) berlaku ia tentu akan mengubah fakta dalam buku teks Geografi. Tidak ada lagi tempat yang selamat daripada sebarang bencana alam di muka bumi ini atau telepas dari kemusnahan yang dahsyat.
Apakah kiamat sudah semakin dekat? Bukankah antara tanda-tanda kecil kiamat ialah kerapnya berlaku gempa bumi? Seperti kata Rasulullah yang direkodkan oleh Imam Bukhari:
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan"Kiamat memang cukup dekat, tetapi hanya Allah yang mengetahui bila masanya. Sama ada kita bersedia atau tidak, kiamat tetap akan tiba. Wallahu'alam...
1 comment:
ssd固態硬碟 外接式硬碟 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 External Storage Solid State Drives 關島機加酒 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 巴里島旅遊 巴里島spa推薦 巴里島機票 巴里島行程推薦 記憶體 情趣用品 情趣用品USB Flash Drives Memory Cards 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 投資美國物業 美國租金報酬 美國房屋買賣 房地產投資說明會 美國房地產 美國置產須知 美國房屋物件 SD記憶卡 隨身碟 高雄當舖 高雄汽車借款 高雄機車借款 高雄房屋二胎貸款 高雄汽機車免留車 花蓮民宿
Post a Comment