Saya hanya tersenyum dan menjawab :"Wallahu'alam"... noktah.
Mungkin benar kata-kata dia itu. Sebabnya, dalam satu hadis yang dilaporkan oleh Ubai bin Kaab, Rasulullah (selawat dan salam) ada berkata tentang tanda Lailatul Qadar ini:
"Rasulullah (selawat dan salam) mengkhabarkan kepada kami : sesungguhnya malam lailatul qadar itu ialah satu malam yang paginya matahari terbit dengan tidak bersinar (teduh dan putih cerah)." - (Hadis direkodkan oleh Imam Tirmizi).
Para sarjana Islam juga ada yang menerangkan tentang tanda kedatangan lailatul qadar, malamnya sunyi sepi, penuh ketenangan dan bercahaya. Suasananya segar tidak panas dan tidak pula sejuk, tetapi sederhana. Keadaan ini berterusan sehingga terbit fajar.
Ketika zaman sekolah dulu, seorang senior saya pernah memberitahu, beliau ternampak pokok di belakang asrama seolah-olah sujud dan rebah ke bumi ketika hendak bangun untuk qiamulail.
Sehingga hari ini, apabila berjumpa, dia pasti bermati-matian mempertahankan ceritanya dan menafikan sebarang unsur hikayat dongeng atau imaginasi beliau.
Akibat dari cerita senior tersebut, sepanjang kehidupan di asrama, setiap malam Ramadan, saya dan kawan-kawan pasti akan jenguk pokok-pokok diluar, melihat sama ada terdapat pokok yang sujud atau tidak. Adakalanya, kami bangun tengah malam semata-mata untuk menjenguk di tingkap, melihat pokok, sebelum menyambung semula tidur!
Selain daripada cerita itu, ada juga senior yang menokok tambah dengan mengatakan, apabila datang lailatul qadar, air akan keras membeku. Arakian, ramailah juga 'kanak-kanak freshie' yang percaya dengan cerita abang-abang senior itu membiarkan air paip terbuka ditengah malam sebelum tidur. Manalah tahu kalau-kalau terjaga tengah malam nampak ia membeku.
Mungkin ada banyak lagi cerita dan tanda-tanda mereka yang pernah melalui malam lailatul qadar ini. Ada yang benar menemuinya dan ada yang tidak lebih daripada sebuah hikayat penyedap cerita.
Antara tanda-tanda lain yang dikatakan tanda lailatul qadar ini adalah:
- Ada yang melihat cahaya yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala ceruk yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dari Malaikat.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Kita boleh percaya dengan tanda-tanda ini sekiranya kita mahu. Namun saya lebih tertarik dengan kata-kata Ustaz Zawawi Jusoh dalam siaran Ikim.fm, pagi kelmarin. Kata beliau:
"Kita jangan fokus sangat pada tanda-tanda ini. Kerana, khuatir, apabila kita merasakan atau melihat tanda-tanda menunjukkan lailatul qadar sudah berlalu, kita cenderung mengurangkan ibadah yang kita buat sebelum 'berjumpa' lailatul qadar ini. Teruskan ibadah seperti biasa sehingga ke akhir Ramadan."Ini adalah nasihat yang terkena di batang hidung saya. Kadang-kala, kita terlupa, malam lailatul qadar ini adalah sebahagian daripada rahsia Allah.
Alllah merahsiakan kedatangan tetamu dari langit ini kerana mahu hambanya sentiasa bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa mencari bonus ini. Ini adakah sebahagian dariapda kasih sayang Allah untuk hambanya. Dapat atau tidak, diakhirat nanti kita akan tahu.
>
Seorang sahabat Rasulullah, Jabir, melaporkan kata-kata Rasulullah (selawat dan salam):
"Apabila akhir malam Ramadan menjelang tiba, tujuh petala langit, tujuh petala bumi dan para malaikat menangis kerana apabila berlalunya Ramadhan maka berlalulah juga fadhilatnya. Ini merupakan musibah bagi umatku".
Sahabat-sahabat lain bertanya: "Apakah musibah itu, wahai Rasulullah?".
Jawab Rasulullah (selawat dan salam): "Dalam bulan itu segala doa dijawab Allah (mustajab), sedekah diterima (makbul), segala kebajikan digandakan pahalanya dan seksaan kubur terkecuali. Maka apakah musibah yang lebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?"
2 comments:
Artikel anda :
http://agama.infogue.com/
http://agama.infogue.com/tanda_lailatul_qadar_
promosikan artikel anda di www.infoGue.com. Telah tersedia widget shareGue dan pilihan widget lainnya serta nikmati fitur info cinema untuk para netter Indonesia. Salam!
ssd固態硬碟 外接式硬碟 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 External Storage Solid State Drives 關島機加酒 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 巴里島旅遊 巴里島spa推薦 巴里島機票 巴里島行程推薦 記憶體 情趣用品 情趣用品USB Flash Drives Memory Cards 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 投資美國物業 美國租金報酬 美國房屋買賣 房地產投資說明會 美國房地產 美國置產須知 美國房屋物件 SD記憶卡 隨身碟 高雄當舖 高雄汽車借款 高雄機車借款 高雄房屋二胎貸款 高雄汽機車免留車 花蓮民宿
Post a Comment