Thursday, November 6, 2008

Kira Hari

Saya sedang menghitung hari.

Tiket penerbangan baru diterima, lewat daripada orang lain. Jadual pergi dan balik.

Pemeriksaan kesihatan dan segala macam jenis vaksin sudah disuntik.

Pakaian sudah tersedia.

Pelbagai kitab, buku rujukan, nota, laman web, sudah dilayari... (entah melekat dalam kepala entah tidak..)

Kak Yong dan Abang Chor semakin seronok sebab tidak perlu ke sekolah tadika dan nursery.

Sameer... masih tidak mengerti. Tetapi, dia semakin manja dan semakin cepat merajuk. Ada firasat mungkin.

Mental dan fizikal saya... seram sejuk.

Rohani?.. ah.. semakin seram dan semakin sejuk..

Saya menghitung hari dalam seram, sejuk dan debaran.

Ya Allah permudahkanlah segalanya.

2 comments:

Imran Yusuf said...

Assalamu'alaikum Tuan Faris,

Semoga Tuan selamat pergi dan kembali dengan memperoleh haji mabrur.

Kita nantikan travelog haji Tuan Haji, atau paling kurang pun catatan perjalanan sepanjang menjadi tetamu Allah.

(Besan saya pun menjadi tetamu Allah juga tahun ini, insya Allah - flight dia 22 Nov-dia KT43 atau KT65..)

Rislah said...

Wa'alaikumussalam.

Terima kasih atas doa tuan Alang. Saya KT 52, 19hb berangkat.