Saturday, March 7, 2009

Pedih mata

Saya mengishtiharkan "Hari ini adalah hari pedih mata sedunia...!"

Sekurang-kurangnya untuk saya...

1. Malam tadi saya makan sesuatu yang membuatkan mata saya gatal. Tidak pasti apa dia, tetapi sepanjang pagi ini asyik menggenyeh mata... lagi digenyeh, lagi gatal... lagi syok!

2. Cermin mata baru saya ada masalah. Perlu dipulangkan semula kepada optometris. Jadi pagi ini saya memandu ke Subang Jaya (untuk menghadiri bengkel) dengan kaca mata yang lama. Mata saya jadi berair dan pedih sepanjang perjalanan.

3. Selepas bengkel di Subang saya terus ke KL untuk menyertai para pejuang bahasa berarak ke Istana Negara. Walaupun lewat sedikit, saya berjaya menyertai kelompok orang ramai yang sedang berarak. Tidak lama selepas itu, saya terperangkap gumpalan asap gas pemedih mata yang ditembak oleh encik-encik FRU. Yang ini adalah kemuncak kepada pedihnya mata saya hari ini. Klimaks! Pedih seperti disebur serbuk cili kering dan tekak terasa perit. Pedihnya sampai menusuk hati. Kali terakhir merasa aroma ini dan berkonfratasi dengan si topi merah itu adalah ketika peristiwa reformasi 1998. Jadi ini adalah salam jejak kasih dari mereka. Kata Pak Samad yang turut terhidu gas putih ini benar-benar menyentuh hati saya: "Begini rupanya susah mempertahankan bahasa."... saya bangga berada dalam kelompok pejuang bahasa (walau hanya ibarat melukut di tepi gantang).


4. Penutup kepada sesi pedih mata hari ini ialah, menahan ngantuk untuk sepanjang memandu ke kampung isteri di Selama. Kopi Anggerik pra campur dengan Tongkat Ali yang disediakan oleh Hidayah memang membantu menghilangkan pedih mata yang satu ini, sehingga sukar pula hendak tidur apabila tiba di kampung.

Apa pun... saya bersyukur kerana masih ada mata yang boleh melihat nikmat Allah... Alhamdulillah.

----
nota: gambar dipetik daripada Harakahdaily.net.

2 comments:

Ifila Saila said...

Faris.. dahsyatnye kopi anggerik tu boleh hilangkan pedih mata? ingatkan boleh hilangkan ngantuk jer.. x payah lah keluar duit byk2 beli ubat mata permata hijrah..!

Anonymous said...

1998 tu menyertai reformasi ds anwar ker? May Allah guides you. Cari elok2 siapa ds anwar. Semua yang rapat dengan beliau dah lama tarik diri. Jangan berjuang untuk sesuatu yang salah, tak dapat redha Allah. Sia-sia sahaja walaupun niat betul, kerana tidak meneliti dengan ilmu dan mata hati.

Mulakan siasatan sendiri. baca semua pro dan anti anwar dengan hati terbuka. jumpa sendiri