Tuesday, August 4, 2009

Maisir

Antara punca permainan golf diharamkan adalah terdapatnya unsur perjudian (maisir). Setiap pemain (atau) penganjur mengutip bayaran (atau sumbangan) yang kemudianya dikumpulkan dan diberikan kepada pemain yang paling tinggi markahnya sebagai hadiah. Pemaian yang kalah, hanya putih mata (win or loose game).

Sebenarnya sedar atau tidak, unsur sedemikian ada juga diamalkan dalam acara yang lain seperti permainan mencari harta karun, sukaneka hari keluarga, aktiviti sukan yang lain (bola sepak, futsal) dan sebagainya.

Saya pernah ditanya oleh seorang rakan, sekiranya akviti hari keluarga (sukaneka dsb) menggunakan kaedah sedemikian, apakah hukumnya. Saya memberi jawapan dengan merujuk maklumat yang diberikan oleh bekas pensyarah saya, bekas professor syariah UIAM dan Ahli Panel Penasihat Syariah Bank Negara iaitu Dr Daud Bakar:
"Sekiranya hadiah itu datang daripada penaja luar tanpa menggunakan wang peserta, maka ia adalah harus. Tetapi sekiranya hadiah tersebut adalah bersumber daripada wang peserta yang dikumpulkan, maka ia ada unsur maisir @ perjudian dan hukumnya haram."
Sekiranya kita tidak berhati-hati, banyak acara atau aktiviti bersukan yang sepatutnya mendatangkan pahala ibadah, menjadi haram. Malah semua yang terlibat sama ada peserta, penganjur mahupun penonton boleh mendapat dosa berjudi. na'uzubillah (moga kita dilindungi Allah).

( - sumber gambar hiasan di sini)

No comments: