Tuesday, December 29, 2009

Dugaan

Hari ini masih ada lagi jemaah haji yang pulang ke tanah air.

Tadi pun di radio IKIM.FM, bicara Z & Z (Hj Zamri dan Zarita) banyak menyiarkan pengalaman jemaah haji yang baru pulang. Ada yang menarik, ada yang menginsafkan dan tidak kurang juga yang menggerunkan jiwa yang mendengar.

Apa pun, jemaah haji 2009 bertuah kerana mereka menerima ujian yang hebat. Jika jemaah tahun 2009 banyak di uji dengan kesenangan, ketenangan dan keselesaan, maka jemaah tahun ini diuji dengan sebaliknya.

Mungkin ada jemaah tahun lepas yang turut diuji dengan pelbagai kesukaran, namun ia lebih bersifat personal. Tidaklah sehebat dugaan tahun ini, dugaan cuaca yang menyeluruh.

Jemaah tahun ini merasai pengalaman meredah banjir, tidur dalam khemah yang basah, sejuk dan gelap (di Mina). Solat dalam hujan dan rata-rata tempat penginapan juga jauh daripada Masjidil Haram.

Bagi yang sabar dan tabah, segala kesukaran dan kesulitan menjadikan mereka sentiasa dekat kepada Allah dan insyaAllah beroleh haji mabrur.

Berbeda dengan ujian kesukaran, ujian nikmat senang dan selesa sebenarnya lebih menakutkan. Apabila selesa, kita mudah lupa dan jauh daripada Allah.

Allah mengingatkan kita dalam alQuran yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Wallahu'alam

No comments: