Monday, June 28, 2010
Terjemahan Quran dalam Bahasa Iban & Kadazan
Pada masa ini saya sedang menguruskan projek terjemahan Quran dalam bahasa Iban dan Kadazan. Projek ini dikendalikan di bawah anak syarikat Kumpulan PTS yang baru ditubuhkan iaitu PTS Darul Furqan Sdn Bhd.
Sasaran projek ini adalah menerbitkan dan mengedarkan secara percuma naskhah al-Quran dalam kedua-dua bahasa ini kepada saudara Muslim Iban dan Kadazan. Ini bertujuan membantu mereka memahami dan menghayati kandungan Quran dengan lebih mudah dan pantas dalam bahasa pertuturan harian mereka.
Projek ini dijangka akan siap secara beringkat dan akan diedarkan dalam tahun 2011, insya'Allah.
Justeru, sekiranya ada mana-mana saudara Muslim yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Iban dan Kadazan dengan baik dan berminat untuk menyertai projek ini bolehlah mengemel kepada saya di faris@pts.com.my.
Wallahu'alam.
p/s: Mohon kepada sesiapa yang membaca entri ini untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
tahniah faris.. moga sukses..
blog walking terjupe pulok blok ko.. nanti aku tlg sebar sebarkan..
aku alumni 99 econs
support free palestine here
alhamdulillah. ada juga orang fikir nak menterjemahkan Al-Quran dalam bahasa etnik sabah/sarawak. sedangkan bible sudah lama diterjemahkan dalam bahasa etnik sabah/sarawak. sebab itu kristian banyak di sabah/sarawak. dengan adanya terjemahan Al-quran dalam bahasa etnik sabah/sarawak, dapat mengembangkan lagi islam di sabah/sarawak. Allah maha besar.
asalamualaikum! saya dari brunei darussalam alhamdulilah saya terpikat dan tertarik hati dengan agenda yang anda dan rakan anda hendak terbitkan. dan saya pun di berunei dalam perancangan hendak menerbitkan tafsir alqurqn dalam bahasa iban. dan jika tidak keberatan boleh kah saya minta kongsi sama atau dalam ertikata lain sharingsection memandangkan saya pun dalam proses untuk menerbitkan tafsir dalam bahasa iban untuk saudara-saudara muslim berbangsa iban agar mereka lebih memahami dan mencintai islam. dan mudah-mudahan niat yang ikhlas dan murni ini akan mendapat ganjaran dri Allah subahana wa ta'ala. Amin!
saya dari brunei yang membuat ulasan diatas tadi .jika anda ada kesudian berkongsisama dengan saya sila email pada saya melalui email ini sham828@hotmail.com . terima kasih dalam perkongsian anda semoga Allah melipat ganda kan ganjaran yang terbaik kepada anda semua.
Saudara Sham, terima kasih atas minat. Saya sudah emel ke alamat yang diberikan..
Salam, saya berminat terhadap buah fikiran saudara tentang penterjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Kadazandusun (boros Kadazandusun). Saya juga sedang melakukan penterjemahan Al-Quran ke dalam bahasa ibunda saya (Kadazandusun). Oleh itu sudi kiranya kita berkerja sama dalam hal yang baik ini.
Post a Comment