Tahniah kepada seluruh rakyat Mesir atas kejayaan demonstrasi aman menjatuhakan Firaun Moden.
Walaupun mereka diserang dari pelbagai sudut, ditaburi janji-janji manis rejim dan dengan serba kekurangan, namun gerakan yang ditunjangi oleh solidirati anak-anak muda selama 2 minggu berjaya meruntuhkan 'piramid' yang dibina lebih 30 tahun itu.
Fenomena baru dunia Arab yang dimulakan oleh rakyat Tunisia ini seharusnya menjadi amaran kepada kerajaan di dunia agar tidak memandang enteng suara rakyat dan kuasa anak muda.
Tidak tahu dimanakah penghujung turutan buah domino ini akan berakhir. Mungkinkah akan terhenti di Mesir sahaja atau ia akan terus meledak. Namun kesannya, para pemimpin dunia Arab yang lain sudah mula menampakkan tindakan proaktif mereka, sama ada cuba membenteras sebarang usaha menyemarakkan emosi rakyat mahupun mengambil hati mereka.
Apa pun, semoga seluruh rejim dunia Arab yang berkiblatkan barat dan rejim zionist Israel akan tumbang satu persatu. Insya'Allah.
Saya pernah bertanya kepada seorang koresponden Al-Jazeera yang juga teman lama di UIA dulu, "Kenapa pemimpin Arab takut dengan Israel?". Kata beliau: "Tidak ada satu pun pimimpin Arab yang dipilih oleh rakyat. Mereka adalah pemimpin otokratik yang bukan dipilih oleh rakyat. Bagi memastkan mereka terus wujud, mereka perlu 'sujud' kepada barat (Amerika) dan membiarkan negeri rejim Zionist itu dengan sewenang-wenang beraja di mata bersultan di hati."
Itu semua sudah maklum dan itu semua akan menjadi sejarah. wallahu'alam.
(sumber gambar: Aljazeera.net)
1 comment:
semoga Allah slamatkan bumi mesir.
Post a Comment