Thursday, June 28, 2007

Deria keenam... lagi

Apabila kita bercakap dengan seseorang secara bertentang muka, bahasa badan mempengaruhi 60-80 % dampak mesej itu. 20-30% kesan adalah hasil daripada suara percakapan. Manakala baki 7-10% adalah butiran kata-kata itu sendiri.

Berbeza dengan lelaki, otak wanita yang dikatakan mempunyai deria istimewa ke enam itu mampu menerima dan menganalisa informasi tersebut dengan lebih cepat. Ini menjadikan wanita lebih mahir mengabungkan dan mengolah informasi lisan, visual dan tanda-tanda lain daripada lelaki.

Oleh yang demikian, secara umumnya orang lelaki sukar untuk membohongi wanita secara bertentang mata/muka. Kerana wanita dengan mudah mengenalpasti sama ada seseorang lelaki berbohong atau tidak berdasarkan analisa itu. Terutama sekiranya lelaki itu bercakap sambil menggaru-garu hidung, cuping telinga yang tiba-tiba terasa macam gatal atau menggatal.

Mahfum muhalafahnya (faham sebaliknya) wanita lebih senang membohongi lelaki apabila bercakap secara tatap muka. Ini kerana lelaki kurang mahir dan peka mengenali keganjilan antara butir-butir lisan dan bukan lisan. Hemm.. munkin kerana lelaki biasanya lebih berbaik sangka dari orang perempuan!

Walau bagaimana pun, belum tentu 'bacaan' kita terhadap orang lain itu benar. Kita belum tentu pasti sama ada si polan yang bercakap dengan kita itu menggaru hidung kerana gatal akibat panik apabila berbohong. Atau mungkin kegatalan itu adalah akibat resdung... sebagai contoh sambil menaip blog ini, saya sedang menggaru hidung. Penangan makan mee goreng udang pagi tadi... wallahu'alam.

No comments: