Hari ini adalah hari terakhir saya di Taman Permata untuk tahun 2008.
Esok saya akan berada di Selama, Perak. Transit dan persiapan saat-saat akhir sebelum melapor diri di Kompleks Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang pada lewat malam 18 November.
Esoknya, awal-awal pagi, insya'Allah saya, isteri, kakak ipar dan makcik akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menjadi tetamu Allah.
Kak Yong, Abang Chor dan Sameer, akan kami tinggalkan bersama Tok dan sepupu-sepupu mereka di Selama.
Kepada rakan-rakan, teman, tetamu dan pengunjung Taman Permata, terima kasih kerana melawat blog ini. Saya mohon ampun maaf zahir batin, sekiranya ada sebarang salah silap, terkasar bahasa, terlajak bicara, terguris rasa dan sebagainya sama ada yang disengajakan atau tidak sengaja.
Doakan kami sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, dipermudahkan segalah urusan ibadah, diberikan keikhlasan dan kesabaran dalam menghadapi apa jua dugaan dan akhir sekali dikurniakan Haji mabrur.. yang balasannya syurga dari Allah.
Insya'Allah, saya akan pulang kembali ketanah air dalam awal bulan Januari.
Jazakumullahu khairan khatira. (semoga tuan-tuan semua dikurniakan sebaik-baik balasan dari Allah).
Wa'alaikumussalam.
4 comments:
Semoga perjalanan tuan dan isteri sebagai tetamuNYA dipermudah dan diberkati sentiasa.
Si kecil yang ditinggalkan itu pasti 'akan dilupai'...dalam kemanisan beribadah di sana - KERANA MEREKA SENTIASA DI DALAM PEMELIHARAANNYA, InsyaAllah.
Semoga mendapat haji mambrur...
Semoga selamat pergi dan balik serta mendapat haji mabrur.
moga mendapat pemindahan rasa perjuangan dan pengorbanan para nabi kekasih Allah sepanjang pemergian ke sana..
Waktu kat mekah nanti xleh update blog ker? :D
Post a Comment