Monday, January 19, 2009

Masuk kerja


Hari ini hari pertama saya kembali bekerja selepas cuti selama 60 hari.

Terasa macam hari pertama sekolah selepas cuti penggal tiga. Bezanya semalam saya tidak perlu kapur kasut sekolah.

Pagi ini dipejabat sehingga petang mesyuarat dan laporan dari orang-orang kuat PTS Islamika Sdn Bhd, Ustaz Imran, Ustazah Firdaus dan Ustazah Asyuura. Saya hanya melopong dan mencatat. 

Dalam kepala, wayar-wayar masih lagi kendur. Sel-sel otak perlu didefragmentasikan dua tiga kali. Air radiator juga masih sejuk.

Hari pertama ini saya habiskan masa dengan menelaah laporan dan menyusun semula fail-fail dan dokumen dalam kepala ini yang tidak terusik sepanjang cuti lepas.

Sama macam ketika di sekolah dahulu. Bezanya, waktu rehat tengah hari tadi saya tidak perlu beratur di kantin membeli nasih lemak tiga puluh sen dan air oren 20 sen... 

1 comment:

Ifila Saila said...

askum fariz.. slmt bertugas kembali di samping menghirup udara segar iklim panas lembab tropika.

boleh lah terbitkan 1 buku ttg pengalaman musafir dan catatan suka duka di bumi haramain.

aku masih lagi mencari2 tajuk yg sesuai utk menulis buku. utk permulaan ni, so aku start menulis di blog aku http://bengkelrohani.blogspot.com

mungkin blh tulis buku ala2 diari atau bibliografi ttg kisah di uia serta pengalaman bertugas dgn presiden GCC uia matrix dulu..!

selamat bertugas dan mengalirkan berkat dari tanah suci..!