Thursday, February 26, 2009

Bertemu Kawan Lama

Majlis malam tadi berjalan dengan lancar dalam suasana yang ringkas dan tidak terlalu berprotokol.

Tetamu VVIP yang hadir adalah antaranya, YB Dato Saifudin Abdullah, Timb Menteri Keusahwanan (saya tidak pasti grad tahun bila)... Prof Tan Sri Hassan (mantan Rektor UIA) Datuk Hamidon (Timb Rektor UIA)... (bila mereka ini mendapat title hebat?.. saya ketinggalan zaman), En Khir Ngadiron (CEO ITNM), YB Yusmadi (Parlimen Balik Pulau), etc... termasuk beberapa orang Dato. Tidak terkecuali juga setiausaha politik, pegawai khas menteri, istana,
deretan PTDs, Lawyers, Auditors, AGC, Bussnissmen, Vice President al Rajhi Islamic Bank, Bank Managers, Senior Officers Govt, dan segalanya...
Hebat-hebat juga mereka yang hadir malam tadi. Bangga juga melihat kawan-kawan sepermainan dulu sudah jadi orang hebat.

Hidangan makanan pun tidak kurang hebatnya (nasi beriani berlaukkan sup udang, rusuk kambing bakar, gulai ayam, udang goreng margerin, sayur cina masak... entah apa tah).

Majlis juga bertambah asyik dan santai dengan dendangan lagu-lagu etnik dan tradisional Melayu menggunakan gabungan instrumen klasik serta kontemporari oleh grup Dewangga Sakti pimpinan Zoy.

Tan Sri Prof Kamal turut menambah barakah majlis malam itu dengan santapan minda yang membincangkan tentang kesatuan Ummah mengatasi kesatuan bangsa dan parti. Lama tidak mendengar kuliah prof Kamal yang cukup menarik dan menginsafkan.

Batch kami, '99, tidak ramai. Kecohnya mereka ini dalam Facebook ini seolah-olah satu gerombolan besar akan hadir lagaknya. Pun begitu, tetap seronok bersua muka selepas sepuluh tahun meninggalkan kampus PJ yang penuh nostalgia dan tinggal sejarah.

Kepada antara teman-teman yang hadir, semoga majlis malam tadi semakin mengeratkan ukhuwwah kita. Wallahu'alam

nota: gambar ehsan Sdr Firdaus Ariff

4 comments:

Dewangga Sakti said...

Faris,
makananan sedap betul tu.Kitorang tak cukup meja terpaksa makan di coffehouse dan miss dengar speech Prof Kamal.
Makan pulak fish n chip yg sampai lambat gila.
la la la

Rislah said...

Sedap, tapi tak boleh sumbat banyak... takut terpaksa bukak tali pinggang!! TQ

Ifila Saila said...

Nampak digambar tu ada kwn kita yg skrg ni keje kat istana.. hmm.. faris, abg latip kita apa khabar..? knpa aku x dpt jemputan ek?

Rislah said...

Yup Alif, tu orang Istana.. pingat dia pun berderet tu. Jemputan?... aku pun menjemput diri sendiri, kebetulan nampak iklan...