
Maka, pada hari ini semua staff editorial mengadakan operasi 'ketupat'. Semua staff pejabat editorial diarahkan membuat ketupat menggunakan riben. Oleh kerana majoriti staff pts editorial hanya tahu makan ketupat, maka pelbagai teknik menganyam ketupat digunakan. Setelah hampir sejam baru lahir sebijik ketupat yang rupanya


Jenuhlah Abe, Jid, Imran dan lain-lain mencari teknik step-by-step menganyam ketupat dalam internet untuk dijadikan panduan. Terima kasihlah kepada insan-insan berhati mulia yang terbitkan panduan menganyam ketupat dalam internet. Sekurang-kurangnya tidaklah generasi muda hari ini hanya pandai makan ketupat sahaja... termasuk saya...hehehe... berikut adalah antara gambar aktiviti hari ini.



4 comments:
Hurm. Nampaknya PTS Pro kena terbitkan buku menganyam ketupat. :D
ish...ish...tak jemput tok guru dari gunung betapa bukit ketupat...kalau tidak bolehlah diturunkan ilmu menganyam....kacang gitu..pengerasnya..belanja berbuka puasa je! ha ha ha.....tangan depa tu tak berseni..jejari tau tekan keyboard pc je! hehehhe
Hohoho padan la hantar ym senyap jer, ini rupa-rupanya keje korang yea!
Saya sampai sekarang tak pandai mengayam walau dah masuk kelas selama lebih 35 tahun. Tapi tak mengapa, sebab kalau pandai, kena anyam juga sebelum masukkan beras, rebus dan makan. Kurang satu tugas, he he he.
Post a Comment