Masuk hari ini sudah tiga orang staff PTS editorial hilang kasut di pejabat. Hari ini giliran Iwan dan Pak Ya pula hilang kasut. Dua minggu lepas Ikram 'Din' hilang kasut.
Di pejabat PTS, kasut diletakkan di luar pintu. Dalam pejabat staff tidak pakai kasut. Kasut staff PTS disusun dengan rapi (diwaktu pagi) di luar pintu. Selama ini lebih setahun PTS editorial beroperasi di pejabat WM ini tidak ada pula kes hilang kasut. Kalau ada staff yang hilang kasut pun, hanya ketika ke masjid berhampiran.
Mungkin kasut-kasut yang disusun rapi itu semua menarik minat pencuri. Maklumlah kasut-kasut itu semua tidak berkunci atau dilengkapi oleh sistem penggera keselamatan. Itu yang bertambah mudah kerja si pencuri.
Yang peliknya, pencuri ini hanya berminat dengan kasut lelaki. Kasut perempuan tidak pun diusik (setakat ini). Walaupun kasut-kasut staff perempuan lebih berkilat dan cantik, namun ia hanya dipandang sepi sahaja oleh si pencuri.
Kasut staff lelaki kebanyakannya sudah berkarat dan lusuh. Yang hampir terkeluar anak jari kalau dipakai pun ada. Mungkin si pencuri ini lebih berminat dengan kasut yang lusuh dan berkarat. Lagi banyak karat dan lusuhnya, lebih bernilai agaknya. Macam karat berlian dan lusuh denim.
Saya fikir staff PTS editorial perlu bertindak segera. Sebelum gejala kecurian kasut ini semakin berleluasa dan semakin ramai staff PTS yang pulang ke rumah berkaki ayam, satu plan tindakan kebangsaan perlu dirangka. Satu unit atau skuad gerak khas yang berfungsi ala Unit Ronda Kumpulan Kecil (RKK) Komando perlu di bentuk untuk menangani kes kecurian ini. Mereka perlu memikirkan bagaimana hendak mencegah berlakunya kes ini dan juga kaedah untuk memerangkap pencuri bertuah itu.
Saya mungkin boleh mengutarakan beberapa cadangan spontan untuk dipertimbangkan oleh 'skuad gerak khas kasut' (SGKK) itu:
1. Semua staff simpan kasut dalam pejabat (simpan bawah meja... jangan lupa letak pewangi di setiap celah kasut!)
2. Semua kasut dipasang mangga atau dirantai di tiang tangga (macam di asrama dulu-dulu...)
3. Almari besi di Jabatan Grafik yang digunakan untuk menyimpan alat-alat audio visual digunakan untuk menyimpan kasut... Jabt Grafik boleh kenakan caj penyimpanan.
4. Staff pakai selipar ke pejabat. Kasut simpan dalam kereta. Bagi Pak Ya, Celan, Iwan yang tidak membawa kereta, kasut anda boleh di simpan dalam bakul motor.
5. Staff lelaki memakai kasut perempuan ke pejabat... (pasti tidak akan berlaku lagi kecurian kasut staff lelaki)
Mungkin ada idea lain yang boleh di cadangkan kepada skuad elit ini...
Sekiranya pencuri berjaya di tangkap, ada beberapa hukuman yang boleh dilaksanakan sebelum ketibaan anggota polis:
1. Kurung dalam bilik CEO sehari semalam.
2. Minta bantuan Alif a.k.a 'Hantu Silap Mata' untuk menghilangkan anak jari pencuri satu persatu, sehingga dia serik untuk mengulangi tabiat buruknya itu.
3. Minta cik Syikin jerit di telinga pencuri itu.
4. Kurung dalam almari besi Jabatan Grafik, letakkan lipas banyak-banyak.
5. Sessi kaunseling dengan kaunselor tak bertauliah PTS... Err... Kak Nor ler.
6. Sessi ceramah agama 24 tanpa henti oleh ustaz Celan 'Zaharudin' dan ustaz Imran 'Awang'... semoga dia bertaubat.
7. Kalau pencuri tidak nampat ciri-ciri keinsafan juga... munkin Mat Jan dari geng Sendikit Sol-Jah, Iwan - Tok Empat Jr. Janda Baik, sifu Hisham - Skuad Keselamatan Puchong Perdana dan Wan Zu - Alwana boleh tolong... youtubekan dia.. atau... pandai-pandai lah hang pa semua!
Wallahu'alam...
4 comments:
Assalamualaiku,
Alamak! Ini yang menakutkan. Bayangkan saya ke pejabat dengan kasut cantik nanti balik pula berkaki ayam...ish..tak sanggup teman! Mana ada kedai jual kasut di situ. Selipar jepun pun tak ada jual di kedai berhampiran. Nampaknya kena PTS sediakan cctv dan saya pula kenalah bawa beg plastik supaya boleh disimpan rapi kasut saya yang cun tu!
Kena guna cctv nampaknya, komputer siapa bakal menjadi mangsa dijadikan TVnya hahaha!
Selepas ini saya ke sana saya perlu bawa plastikla hahahah!
Pn. Saridah, jangan risau. Setakat ini rekod kami menunjukan hanya kasut lelaki sahaja yang hilang. Harap janganlah puan jadi pemecah rekod pula... hehehe
Sdr. Zamri, tak perlu CCTV. Gunakan cadangan saya yang no 5 itu sahaja..hahaha
Hoho. Agaknya kasut perempuan susah untuk dijual berbanding kasut lelaki.
Takpun kasut sdr Ikram tu mahal harganya(Teringat kasut baru sdr Ikram semasa mengacarakan majlis pelancaran buku Fadzli Yusof tempoh hari.
www.studiomuslim.com
Post a Comment