Berkut adalah contoh ayat-ayat dalam manuskrip yang diterima Islamika. Bolehkah saudara memahaminya?... Cuba cadangkan kepada saya contoh ayat yang lebih mesra, mudah difahami dan tidak mengah apabila dibaca dengan satu nafas.
1. Sayid Qutb ketika menghuraikan ayat ini memberi penjelasan, adalah satu kemestian kepada segolongan umat Islam untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan semestinya mereka mempunyai kekuasaan untuk menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.
2. Untuk menyempurnakan dan mengukuhkan pengajian dalam ilmu aqidah perlu diketahui juga berkenaan dengan firqah-firqah atau golongan-golongan yang lahir dalam masyarakat umat Islam kerana berlaku di dalamnya perbincangan-perbincangan hangat berkenaan aqidah dan menyentuh perkara yang berhubung dengannya, perkara ini berlaku oleh gangguan-gangguan yang lahir dari dalam, di samping berlakunya gangguan luar yang menggugat iman yang sebenarnya, berhubung dengan gangguan yang lahir dari dalam disebut dalam hadis Rasulullah SAW Ertinya...
3. Apabila orang-orang yang bernama Islam dan mengaku Islam memandang ringan terhadap Islam, sehingga mereka tidak bersungguh-sungguh berpegang dan menyelesaikan masalah dengan Islam, lalu mereka mudah terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang dicipta dari dalam oleh kejahilan atau mempunyai niat-niat jahat terhadap Islam oleh musuh yang berpura-puraa dan juga di ambil dari luar, ke semua fahaman itu mempunyai pengikut dan dipertahankan dengan bersungguh dan mengorbankan apa sahaja.
2 comments:
Sayid Qutb ketika menghuraikan ayat ini memberi penjelasan, adalah satu kemestian kepada segolongan umat Islam untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan semestinya mereka mempunyai kekuasaan untuk menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran
Saya tukar kepada:
Melalui ayat ini, Sayid Qutb berkata sebahagian umat Islam berupaya mengajak orang lain kepada perkara baik dan mencegah perbuatan buruk.
Ayat:
Untuk menyempurnakan dan mengukuhkan pengajian dalam ilmu aqidah perlu diketahui juga berkenaan dengan firqah-firqah atau golongan-golongan yang lahir dalam masyarakat umat Islam kerana berlaku di dalamnya perbincangan-perbincangan hangat berkenaan aqidah dan menyentuh perkara yang berhubung dengannya, perkara ini berlaku oleh gangguan-gangguan yang lahir dari dalam, di samping berlakunya gangguan luar yang menggugat iman yang sebenarnya, berhubung dengan gangguan yang lahir dari dalam disebut dalam hadis Rasulullah SAW Ertinya...
Saya tukar kepada"
Wujud kumpulan-kumpulan dalam umat Islam yang membawa perbincangan mengenai ilmu akidah. Perbincangan dan idea dalam kumpulan-kumpulan ini menimbulkan konflik kesan daripada sudut pandang peribadi dan pengaruh-pengaruh luar. Nabi Muhammad berkata, ....
Ayat;
Apabila orang-orang yang bernama Islam dan mengaku Islam memandang ringan terhadap Islam, sehingga mereka tidak bersungguh-sungguh berpegang dan menyelesaikan masalah dengan Islam, lalu mereka mudah terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang dicipta dari dalam oleh kejahilan atau mempunyai niat-niat jahat terhadap Islam oleh musuh yang berpura-puraa dan juga di ambil dari luar, ke semua fahaman itu mempunyai pengikut dan dipertahankan dengan bersungguh dan mengorbankan apa sahaja.
Saya tukar kepada;
Musuh-musuh Islam mudah mempengaruhi Muslim yang tidak mempraktikkan amalan Islam. Muslim kategori ini mudah terpengaruh akibat daripada sikap tidak tahu dan kekurangan ilmu. Kesannya, mereka menjadi agen setia kepada musuh Islam dengan mempertahankan fahaman palsu yang direka.
Tuan Faris, sampai maksudkah, atau lari maksudnya?
Tuan Zamri,
Ayat yang pertama dan ke tiga, ok. Intipati mesej yang hendak disampaikan jelas. Namun untuk ayat ke dua, intipati mesej dalam ayat tuan agak berbeda sedikit dari yang asal. wallahu'alam.
Post a Comment