Kalau saya tidak silap, permintaan mereka telah ditolak oleh mahkamah tinggi. Alhamdulillah.
Saya timbulkan semula isu ini kerana kebelakangan ini saya menerima beberapa email yang menimbulkan semula perbincangan tentang isu ini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perbincangan tersebut, cuma sekadar mengajak rakan-rakan berfikir sejenak...
Tuntutan pihak kristian ini hanya salah satu daripada usaha mereka untuk menerbitkan bahan-bahan Kristian yang dekat dengan psikologi dan emosi pembaca buku bahasa Melayu. Mereka mungkin tidak boleh menerbitkan buku-buku Kristian yang sedemikian di Malaysia, namun mereka masih boleh mengimport buku-buku tersebut dari Indonesia.
Di Indonesia, ada banyak penerbit buku agama Kristian yang aktif menerbitkan bahan-bahan sedemikian. Sebagai contoh judul buku mereka: Bagaimana Meningkatkan Taqwa di Sisi Allah. Khabar-khabar Gembira dari Syurga untuk Kanak-kanak. Jadilah Hamba yang Beriman, Sejarah Nabi Isa alaihisalam dan sebagainya.
Kenapa mereka ingin menggunakan perkataan Iman, Taqwa, Allah, Isa alaihi salam, dsb? Ini kerana bahasa tersebut dekat dengan emosi orang Islam khususnya orang Melayu. Pendakwah Kristian menggunakan pendekatan menulis bahan agama yang dekat dengan emosi, psikologi, budaya dan adat sesuatu masyarakat yang mereka hendak dakwah.
Cara mereka, sekiranya masyarakat tidak mahu membaca buku agama, mereka akan pakejkan buku agama tersebut agar dekat dengan masyarakat (mad'u mereka).
Sebagai contoh, apabila mereka hendak menerbitkan Bible dalam bahasa Kadazan (lebih 10 tahun dahulu), para mubaligh mereka akan tinggal dan hidup bersama orang Kadazan. Mereka mempelajari dan memahami segala bentuk budaya, kepercayaan, adat resam, bahasa, emosi dan psikologi orang Kadazan. Kemudian barulah mereka menulis Bible yang dipakejkan untuk orang Kadazan. Bible yang dapat diterima oleh orang Kadazan dengan mudah dan dekat dengan jiwa mereka.
Itu antara methodologi mereka dan ternyata telah berjaya mendekatkan agama mereka kepada masyarakat atau kumpulan sasar mereka.
Berbeda dengan buku agama Islam dalam bahasa Malayu yang banyak dalam pasaran. Bahan tersebut rata-rata mempunyai jargon atau istilah-istilah yang lebih difahami oleh pembaca yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam atau sekolah agama. Itu belum lagi bahan yang menggunakan struktur ayat dan gaya bahasa (uslub) asing (bukan uslub bahasa Melayu) seperti uslub Arab.
Penggunaan istilah dan uslub yang tidak difahami oleh mereka yang jahil bahasa arab membuatkan bahan agama tidak mesra untuk pembaca baru (bukan pembaca buku agama) terutama saudara baru atau non-Muslim.
Akhirnya jadilah kebanyakkan buku agama Islam eksklusif untuk orang yang faham perrkataan bahasa Arab sahaja. Begitu juga dengan artikel agama di akhbar, majalah dsb. Kalau hendak baca juga terpaksalah buat-buat faham. Kalau rajin sedikit, boleh rujuk guru agama atau kamus.
Lebih teruk apabila ada pendakwah Islam yang mengatakan: "(hanya) Orang agama yang membaca buku-buku agama. Jadi perlulah ditulis dengan cara yang memenuhi keperluan orang agama." (Adakah orang bukan bidang agama tidak layak membaca buku agama yang mereka mudah fahami?)
Bagi memburukkan keadaan ini, khabar dari seberang mengatakan penerbit gergasi Indonesia iaitu PT Gramedia sedang berura-ura untuk membuka cawangan rangkaian kedai buku mereka di Malaysia dalam tempoh terdekat. Penerbit ini didukung sepenuhnya oleh gerakan Kristian. Judul-judul seperti yang saya sebutkan diatas adalah sebahagian daripada ribuan judul yang boleh didapati dari kedai mereka.
Tidak mustahil mereka akan menyelitkan judul dakwah Kristian dalam ribuan buku-buku mereka. Pegawai KDN belum tentu mempunyai kesempatan untuk membaca keseluruhan judul-judul buku mereka.
Dalam menghadapi cabaran ini, kita boleh lakukan banyak perkara antaranya:
- kita boleh berdiam diri dan berdoa agar dijauhi oleh perkara tersebut
- desak pihak berkuasa agar menolak permit penerbitan atau tuntutan pendakwah Kristian
- jadi sebahagia daripada 'media watch' dan laporkan dalam akhbar (surat pembaca) atau pihak berkuasa jika terjumpa bahan sedemikian.
- Gerakkan badan-badan dakwah, NGO, bagi membeteras aktiviti sedemikian.
Atau, kita juga boleh menulis bahan-bahan agama (artikel, majalah, kartun, komik, blog, dsb) yang menggunakan pendekatan yang dekat dengan emosi dan psikologi pembaca di Malaysia. Sampaikan mesej dan dakwah Islam dengan lebih mesra dan efektif dalam apa jua bahan penulisan sama ada kreatif, fiksyen, non-fiksyen dan sebagainya. Terangkan tentang Islam dalam apa jua cara dan pendekatan yang mudah dan ringkas, walaupun dengan satu ayat.
Banyak lagi yang boleh kita lakukan sama ada berbentuk reaktif, proaktif, ofensif, defensif, koperatif dan lain-lain lagi... termasuk lah juga 'berpeluk-tubuh-sif' atau 'menunding-jari-tif'.
Kita mungkin tidak boleh melakukan semua perkara itu, tetapi kita jangan tinggalkan semuanya. Sekurang-kurangnya esok-esok nanti di mahkamah akhirat, apabila Allah bertanya, setiap inci tubuh badan kita boleh menjawab bagi pihak lidah yang sudah tidak lagi dapat berkata-kata.
Wallahu'alam.
2 comments:
Salam damai sejahtera buat saudara yang kekasih dalam Allah.
Saya telah membaca blog saudara dan saya mahu memberi sedikit komen.
Untuk pengetahuan saudara saya adalah orang Kristian.
Saudara, perkataan "ALLAH" adalah daripada kata "AL" dan "ILAH" yang kalau dalam bahasa English disebut sebagai "The God". Saya telah menggunakan perkataan Allah dalam ibadah dimana gereja yang menggunakan bahasa Melayu dalam ibadah dan gereja-gereja tempatan di Sabah dan Sarawak yang mengunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan yang kami sembah.
Saudara, orang Kristian tidak menyembah Allah yang orang Islam sembah. Kalau kita lihat bahawa nama Allah bagi orang Islam adalah 99 nama jadi nama Allah bagi orang Islam adalah pelengkap bagi nama tersebut iaitu nama khas bagi 99 nama itu.
Allah dalam pengertian Kristian bukanlah Allah sembahan orang Islam tetapi merujuk kepada salah satu sifat keilahian Tuhan. Orang Kristian boleh saja menyebut Tuhan dalam konteks nama asli seperti "YHWH" or Yahweh tetapi boleh juga memanggil Tuhan itu Bapa, Tuhan, Allah, dan nama lain seperti dalam Alkitab or yang Alkitabiah.
Ini dinamakan sebagai kurang pengertian mengenai Kekristianan oleh masyarakat di Malaysia kini terutamanya yang beragama Islam. Inilah masalahnya dengan masyarakat kini.
Saudara, kalau kita lihat bahawa selalunya di negara Barat misalnya dimana orang Islam dapat menyuarakan pendapat mereka dan luahan mereka terhadap pemerintah negara itu tetapi tidak adanya seperti yang di Malaysia.
Kerana apa saudara, kerana Kekristinan mengajar kami suatu hidup yang berdamai dengan orang lain. Damai sahaja dalam hati mestipun ada masalah. Puji Tuhan.
Kerana inti Kekristinan adalah apa yang Tuhan buat bagi manusia tetapi semua agama mana pun mempunyai intipati seperti apa yang kita buat bagi Tuhan untuk mendapat bahagian dalam kehidupan beragama itu.
Tuhan berkati.
Doa saya supaya Yesus Kristus, Sang Juru Selamat menjamah kehidupan saudara sekeluarga.
Sebenarnya saudara masih belum jelas...Mengapa di Sabah serawak atau kepada orang bumiputra bukan muslim dinegara itu anda pakai ALLAH..mengapa tidak di pakai nama tuhan mereka yang sebenar? Mengapa menceduk nama khas tuhan orang Islam. Mengapa di Eropah juga anda tidak pakai nama ALLAH? mengapa hanya di negara negara Islam seperti Malaysia, Mesir dan Afrika Utara anda pakai nama ALLAH...Apa ada udang di sebalik batu? Kerana Tuhan Allah tidak ada anak...Tuhan YHWH, The God,The Father yes, THEY HAVE SON..like me and you. Mungkin anda tidak mengerti perbezaan antara tuhan anda dengan tuhan orang muslim.
Tuah orang Islam, Allah amat mengetahui apa yang tersirat dibalih kerdip mata anda. (Maksud Al Quran).
Post a Comment