Friday, March 27, 2009

Patah tumbuh hilang yang tidak berganti

Hari ini hari terakhir untuk Puan Rozita bertugas di PTS.  

Beliau adalah editor pengurusan untuk PTS Professional Sdn Bhd, editor paling senior selepas Puan Nurul. Beliau bersama dengan tim PTS sejak era PTS bertatih-tatih dan kerdil di pejabat Bukit Tinggi. Sebagai anak didik Chairman PTS, Puan Ainon, yang terakhir selepas Pn Nurul, beliau cukup banyak menabur jasa dan menjadi rujukan oleh ramai editor yang lebih junior.

Ita sebenarnya baru mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2008 di kampungnya di Baling, Kedah. Selepas beberapa bulan tinggal berjauhan dengan suami yang bertugas di Kedah, Ita mengambil keputusan menetap bersama suaminya. Beliau kini bertugas sebagai pegawai penyelidikan di USM.

PTS amat terhutang budi kepada Ita. Dalam ucapan wakil unit pada majlis perpisahan Ita petang tadi, saya memberitahu: 
"Kalau satu hari nanti kita (PTS) bangun membesar, dibelakangnya ada sejarah insan-insan yang pernah bersama kita dalam jerit perih membina tapak untuk nama yang besar. Ita adalah sebahagian daripada sejarah insan yang amat berjasa itu. Patah tumbuh hilang berganti, namun yang tumbuh tidak akan sama dengan yang patah dan hilang."
(Ita berdiri di barisan hadapan nombor 5 dari kiri)

Terima kasih Ita. Maaf zahir batin. Saya bangga untuk turut serta dalam sejarah bekerja bersama ahli pasukan yang berdedikasi seperti saudari. Semoga terus berjaya dalam apa jua lapangan dan kerjaya. Semoga berbahagia dan murah rezeki selamanya.

Wallahu'alam.

1 comment:

Saya said...

Assalamualaikum,
Terharu saya membaca entri ini. Terima kasih atas penghargaan yang bermakna. Sedih juga tidak dapat bersama PTS untuk pesta buku kali ini. Bertambah jeles apabila membaca entri keseronokan bekerja di Pesta Buku. Terimbau kenangan Silam. Insya Allah PTS akan terus membangun.

Rasa bertuah diri kerana menjadi sebahagian daripada sejarah PTS. Teruskan perjuangan. Kerja tanpa perjuangan umpama kerja tanpa arah dan hala tuju. Perjuangan itulah yang masih mem'PTS'kan saya hingga sekarang walaupun saya tidak lagi berada di PTS.wassalam.