Ubat, doktor suruh telan empat biji parecetamol 550mg, setiap 6 jam. Tekak pun sudah naik pahit. Badan sejuk menggigil.

Tengahari semalam, saya cuba-cuba berkebun. Kononnya hendak mengeluarkan peluh, supaya panas badan ini turut keluar. Berjaya juga. Peluh keluar dan badan terasa ringan sedikit. Tapi hanya seketika juga. Empat lima jam selepas itu kembali panas.
Hemmm... lama juga saya tidak merasa demam panas macam ini. Kali terakhir rasanya 3-4 tahun lepas. Seminggu tidak bangun. Saya jarang demam, tetapi sesekali demam, boleh tahan juga penangannya.
Hari ini rasanya macam kurang sedikit panas badan ini. Walaupun begitu, sambil menaip ini mata terasa panas dan berair. Munkin saya perlu cari penawar lain, atau terus berkebun... saya tidak boleh terus mengalah pada demam ini. Esok (Isnin) saya perlu ke pejabat setelah bercuti panjang.
Lawan tetap lawan....
No comments:
Post a Comment