Saturday, March 22, 2008

Air Percuma

Apabila BA mengambil alih kerajaan Selangor, antara manifesto mereka yang dinanti-nantikan oleh sebilangan rakyat Selangor ialah bekalan air paip percuma bagi penggunaan 20m padu.

Saya tidak mengambil kisah tentang air percuma ini. Saya juga tidak pernah faham berapa banyaknya 20m padu itu. Kerana saya tahu bil air saya memang sedikit setiap bulan. Paling banyak pun biasanya tidak lebih RM10. Oleh kerana bil air datang setiap dua bulan, maka paling banyak bil saya akan menjadi RM20. Kecualilah bulan itu musim cirit-birit atau kenduri rumah terbuka. Mungkin bilnya akan lebih sedikit.

Tadi saya membelek-belek bil air, meneliti perincian bil... (saya memang amat jarang membelek bil air ini kecuali bagi melihat jumlah bil). Saya cuba menganalisis, berapakah penggunaan air saya dalam kiraan meter padu.

Bagi setiap bulan, rupanya saya hanya menggunakan lebih kurang 8.60m padu. Darab dengan kadar RM1.03 maka bil saya adalah 8.86. Bulan lepas 10.06. Jadi jumlah untuk dua bulan ini adalah RM18.92.

Sekiranya dikuatkuasakan manifesto baru ini (dijangka bulan depan) maka untuk bulan ini, perbelanjaan isi rumah akan jimat RM18.92.

Hemm... RM 18.++ ini sekiranya digunakan untuk beli Pizza, dapat yang regular size. Atau juga boleh masukkan dalam bajet minyak kereta, atau boleh tambah sedikit peruntukan menabung. Rezeki ni... siapalah yang senang-senang hendak sedekah RM20.00 pada saya setiap dua bulan?

Ini yang dikatakan bonus dan komisen bulanan untuk rakyat selangor. Majoriti sokong BA, seluruh rakyat jelata untung. Sekurang-kurangnya untuk tempoh 4 tahun ini (dan selamanya, insya-Allah). Untuk negeri-negeri yang teringin hendak merasakan bil air percuma, bolehlah congak-congak perancangan lagi empat tahun.

Terima kasih kerajaan Selangor, merasa juga saya minum air daripada empangan Klang Gate yang jaraknya kurang 1km dari Taman Permata ini dengan percuma.

Berbaloi pangkah... opss undi adalah rahsia!

3 comments:

zain aziz said...

Bil air RM10 sebulan?

Waktu pada zaman di universiti dulu, rakan lelaki sekolej mempraktikkan konsep "dry cleaning". Baju dan seluar digantung sehingga hilang bau untuk dipakai semula.

Buruk perangai!


Hahahaha!

Abu Marwan said...

Itu bukan hendak jimat air.Tetapi hendak jimat kemalasan!! Opss..

ainon mohd said...

Saya tinggal di sempadan Selangor dan Pahang... tapi masuk peta Pahang.

Melepaslah saya!