Monday, March 17, 2008

Jual Produk

Hari ini saya menjadi apperentice Sifu. Saya bersama Sifu bertemu dengan pegawai kanan sebuah organisasi awam yang amat berminat menjemput beliau sebagai jurulatih.

Sifu menunjukkan kepada saya kaedah softselling dalam menjual produk. Bagaimana mendorong pelanggan membeli produk kita tanpa dipaksa-paksa.

Sepanjang sesi pertemuan itu saya hanya berdiam diri, menjadi anak murid yang baik. Membisu, mendengar dan memerhati.

Puan Ainon mengingatkan saya sebelum sesi, jangan sekali-kali menyebut tentang bayaran dan jual produk. Sesi ini adalah sesi membina hubungan dengan pelanggan dan mengenalpasti kehendak pelanggan. Ibarat macam sesi mengumpul data atau mencungkil maklumat.

Dari mula pertemuan, Sifu hanya bertanya dengan lebih lanjut tentang kehendak pelanggan, apakah masalah yang mereka hadapi dan apa end result yang mereka mahukan. Selebihnya selama dua jam, sesi tesebut lebih kepada beramah mesra, sambil bercerita tentang organisasi tersebut, gerak kerja dan sebagainya. Juga perbualan luar topik yang sedang hangat ketika ini, iaitu tentang PRU-12.

Pada permulaan sesi, pegawai kanan tersebut dan tiga orang pegawainya agak serius. Namun, di penghujung sesi mereka kelihatan lebih mesra. Mereka juga banyak kali mengucapkan terima kasih atas kesudian Sifu menerima tawaran mereka.

Yang paling menarik adalah, Sifu tidak sekali-kali menjual produknya, apatah lagi menyebut harga produk itu. Apa yang berlaku adalah, pelanggan yang bertanya panjang lebar tentang produk. Apabila mereka bertanya tentang bayaran, jawapan Sifu amat memeranjatkan mereka.

Kata Sifu, bayarannya ketika masih aktif dalam latihan 8-9 tahun dahulu adalah 3 ribu sehari. Namun, sekarang beliau sudah tidak aktif dalam latihan. Beliau datang ini hanya kerana memenuhi hajat pegawai tersebut (yang direkomenkan oleh rakan Sifu di DBP). Beliau menyerahkan bayarannya kepada pegawai itu, berapa yang mereka mampu berdasarkan bajet mereka.

Oleh kerana terlebih seronok, pegawai tersebut berjanji untuk memanggil Sifu sekali lagi dalam satu program lain selepas program yang dipersetujui itu. Program yang terdekat, mereka bayar mengikut kadar bajet mereka, manakala program yang akan datang mereka bayar mengikut kadar professional Sifu.

Hemm.. ini kira jual satu tapi pelanggan beli berkali-kali.

Kata Sifu kepada saya, yang penting pertama sekali kita bina hubungan dengan pelanggan, mudahkan urusan mereka. Buatkan mereka rasa seronok (feel good). Apabila mereka seronok, mereka sendiri akan membeli produk kita tanpa dipaksa-paksa.

Juga bagi seorang trainer, jangan sekali-kali makan dengan pelanggan diluar. Ini boleh menimbulkan impresi, kita ada 'kowtim' dengan pelanggan. Kredibiliti dan nama baik trainer amat penting dalam bisnes training.

Wallahu'alam.

4 comments:

ainon mohd said...

Saudara aprentis yang cepat belajar!

Abu Marwan said...

Terima kasih Sifu. Satu perangsang dan motiasi untuk saya.

Azree MH said...

Pertama kali saya berurusan dengan trainer untuk bengkel yang dianjurkan oleh syarikat saya, saya telah menanyakan harganya pada awal-awal perbincangan lagi.

Menyebabkan harga yang diletakkan oleh trainer tersebut terlalu tinggi.

Saya belajar daripada kesilapan tersebut dan sampai sekarang cuba tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi. Perkara yang penting adalah membina hubungan terlebih dahulu. Berkenal-kenalan.

Shamsuddin Kadir said...

Terima kasih di atas entri ini, ianya banyak membantu saya. Di Harap Tuan Faris juga dan menurunkan ilmu itu kepada saya juga.