Thursday, June 26, 2008

Starbucks beroperasi di IPTA?

Satu lagi kemudahan untuk pelajar universiti. Klik sini

Starbucks di IPTA. Lupakan soal kaitan antara kedai kopi itu dengan gerakan Zionis. Lupakan juga harga secawan kopinya yang mampu membeli 6-7 cawan kopi Hang Tuah pekat atau Dark Moccha Frapucinonya yang jauh mahal daripada Ice Blended kapucino di pasar malam.. walaupun rasanya hampir sama (atau sama sahaja). Sandwich Tuna dengan salad yang segar dan mayonaise yang lazat? Sama sahaja yang dijual di kantin.

Lupakan itu semua, yang penting pelajar Malaysia semakin bergaya. Inilah cara hidup kosmopolitan. Jika ingi jadi maju seperti barat, lifestyle ini mesti diserapkan ke dalam budaya hidup pelajar barulah pelajar kita up to date (atau mudah dapat kerja??)

Minum di kedai mamak, kantin dan gerai tidak lagi sesuai untuk pelajar IPT.

Duit PTPTN adalah untuk memenuhi gaya hidup pelajar kontemporari.

Handphone canggih, minum di Starbuck, fesyen terkini, panggung wayang, kereta (sewa, pinjam, loan FAMA - Father Mother) itu adalah pakaian pelajar era globalisasi ini.

Lepas ini, mungkinkah panggung wayang dibenarkan dalam kampus, bagi mengurangkan stress pelajar?

Teringat zaman dulu (yang tidak terlalu lama pun!)...

Pelajar berebut-rebut menaiki bas, ada yang berpakaian lusuh, minum di gerai (cari yang paling murah), makan nasi bungkus tengahari dan disimpan sedikit untuk bekal waktu malam, bergayut di telefon awam untuk berkomunikasi jarak jauh (hatta untuk urusan dengan Menteri!) atau berutus surat mengeratkan hubungan (dan bercinta).

Susah, perit, tidak berfesyen... namun minda dan jiwa mereka tetap besar.

Pemimpin pelajar (MPP) dahulu sibuk memperjuangkan agenda nasional, ummah, antarabangsa, masyarakat marhaen...

Mereka tidak sibuk menjerit kenapa kuah roti canai di kantin basi, kenapa parkir kereta pelajar jauh daripada dewan kuliah, kenapa lorong kereta untuk pelajar di tutup, tuntut elaun atau kredit untuk pelajar yang membuat kerja kemasyarakatan dan macam-macam lagi yang titik bengit.

Kata orang, kesusahan mendewasakan kita. Pelajar yang dahulunya itu hidup dalam keadaan cukup makan pakai dan belajar, itulah yang mewarnai dunia pemimpin dan usahawan negara hari ini.

Ah! zaman itu sudah berlalu, tinggal sejarah untuk diceritakan kepada anak cucu sambil membaca e-book atau akhbar online di laman rumah melalui wifi...

Cuma... sudah tua sangatkah saya ini?

Wallahu'alam.

2 comments:

Anonymous said...

I really object this idea...cukup2 la cafe yg semacam itu di luar saja...jgn sampai dibudayakan di tmpat ilmuwan...

Pelajar zaman sekarang memg berbeza dgn zaman kita dulu (during late '90's and early 2000)..(rasanya kita tak lah begitu tua kan...)....sehingga ada yang berkata mereka tak perlu pergi ke library di zaman internet ni...semua ada di hujung jari...alangkah dangkal nya pemikiran sebegitu...tidak begitu abu marwan?


Anis

Rislah said...

Hehehe.. Anis, kalau semua pelajar tak nak pergi library, librarian boleh main futsal dalam library le...