Pada satu hari seorang sahabat Rasulullah yang dikenali sebagai Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki. Raut wajah lelaki itu murung ibarat seorang yang sedang berduka. Lelakiitu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, hatiku ini sedang gelisah. Berikanlah kepadaku satu nasihat yangdapatku jadikan sebagai penawar. Sejakakhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasagelisah, fikiranku juga selalu kusut, aku tidak selera hendak makan,tidurkupun tidak lena."
Apabila mendengar kata-kata lelaki itu, Ibnu Mas'ud diam seketika. Dia kemudian berkata:
"Sekiranya itulah penyakityang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tigatempat iaitu:
1. Tempat orang membaca al Quran, sama ada kamu membacanya ataukamu mendengarnya.
2. Majlis pengajian yang mengingatkan hatimukepada Allah.
3. Carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamudapat beribadatkepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Wednesday, July 4, 2007
Terapi Menenangkan Hati
Cerita ini saya saya dapat dari kiriman email seorang rakan, yang diforwardkan dari email-email lain. Sumber cerita ini tidak diketahui, tetapi pengajarannya berbaloi untuk kita renungkan. Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam, kalau tidak silap, kata-kata nasihat ini saya pernah baca di salah sebuah buku Dr. Danial :)
Dari buku yang mana satu?... boleh saya beri kredit.. terima kasih.
Post a Comment