Monday, April 28, 2008

Copet

Petang tadi HP isteri berbunyi isyarat mesej masuk.

Sebaik membaca mesej tersebut Hidayah terdiam, beristighfar dan kemudian menunjukkan mesejnya kepada saya.

"Kak doa saya dapat semula dompet saya. Saya baru kena copet kat carrefour (wangsa maju). Doakan agar pencuri tersebut pulangkan balik. Habis gaji sebulan saya.."

Apa yang kami boleh buat? Memberi sedikit nasihat dan mengingatkan agar segera hubungi pihak bank untuk block nombor PIN kad ATM dan kad kredit. Kami juga tolong mendoakan untuk rakan Hidayah ini dan untuk pencuri itu juga..

Semoga kita semua lebih berhati-hati. Sekarang ini musim dapat gaji.. khusus untuk kakitangan awam yang dapat lebih awal. Bak kata DJ Abby dalam suria.fm : "Sekarang ini orang gomen tidak kekosongan lagi.."

Dalam berbelanja, selain berhati-hati dan berhemah, jangan lupa bersedekah...

Bersedekah memurahkan rezeki kita lagi dan menolak bala. Kata nabi Muhammad: "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

Allah juga mengingatkan kita agar bersedekah sebelum terlambat: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” (Al-Munafiquun : 10 )

Wallahu'alam

No comments: