Wednesday, April 9, 2008

PBAKL

Sudah lama Taman Permata tidak dikemaskini. Alasan?.... err... hemm.. uhhh... TIADA.

Sekiranya hendak beri alasan, seribu satu alasan boleh dimuatkan disini. Cukuplah disimpan dalam kocek.

Sepanjang minggu ini saya berkampung di PWTC.. Pesta Buku Antarabangsa KL. Menyibukkan diri dengan pesta buku.. dan semuanya yang berkaitan dengan buku: Menjual, melelong, mempromosi, merancang, mendengar, menyusun, mengangkat, memerhati, me-beramah mesra, me-berbincang.. me.. apa lagi ya.. mengalamun?.. err tidak sempat.

Di sini juga saya ber-jejak kasih.. bukan bertemu kekasih lama.. tetapi rakan-rakan lama sejak di sekolah, U, atau ketika berrtugas di KISDAR dan sebagainya yang kebetulan berkunjung ke gerai PTS. Ada juga yang datang ketika saya tiada di gerai - pergi bersolat, makan, dll. Tidak ada rezeki berrjumpa.

Seronok juga melihat keletah dan aktiviti pengunjung PBAKL08 ini.

Saya hendak muatnaik gambar-gambar yang saya ambil daripada kamera HP saya yang kurang canggih ini.. untuk dikongsi bersama teman-teman...

Eh... mana HP saya ni?... alamak! tertinggal di rumah!

Maaf, nanti malam saya muat naik...

No comments: