Wanita dikatakan mempunyai deria ke enam? Bukan anggota deria yang terlebih, tetapi kemampuan penderiaan yang selain daripada orang lelaki ada. Benarkah begitu?
Dalam satu ujikaji, sekumpulan ibu-ibu dipertontonkan rakaman tanpa suara sekumpulan bayi-bayi dalam wad bersalin. Para ibu ini hanya boleh melihat gerakan bayi-bayi tersebut selama 10 minit. Selepas itu, ibu-ibu ditanya apakah makna gerakan bayi-bayi tersebut. Para ibu itu dengan mudah dapat memberi jawapan bahawa gerakan bayi-bayi itu menunjukkan mereka sedang lapar, letih dan kesakitan atau kekurangan udara. Rata-rata jawapan ibu-ibu itu adalah betul menurut penganjur ujikaji.
Walau bagaimana pun, apabila ujikaji sedemikian dijalankan ke atas para bapa, jawapan mereka amat berbeza. Kurang 10% daripada mereka yang dapat mengenali lebih daripada dua perasaan bayi -bayi itu. Mereka itu pula disyaki hanya menduga dan tidak yakin dengan jawapan yang mereka berikan. Manakala bapa-bapa yang lain dengan bangganya mengatakan "Bayi-bayi itu ingin dikendong oleh ibunya..."
Ujikaji ini dijalankan pula keatas para nenek. Hasilnya, 50-60% daripada nenek itu mendapat jawapan yang sama seperti ibu, manakala para datuk.... mereka tidak dapat memahami walau satu pun gerakan bayi itu... dan mereka juga tidak dapat mengenali yang mana satu cucu mereka!!
Hemm... patutlah sampai hari ini ramai bapa yang sukar hendak mengenal pasti dengan tepat yang mana satu anak mereka ketika dalam bilik bayi di wad bersalin. Saya juga pasti kaum bapa tidak bersalah apabila mereka gagal mententeramkan bayi yang sedang menangis. Kerana mereka tidak dapat mengenal pasti yang mana satu tangisan anak itu hendak susu, tidur atau lampin basah. Oleh yang demikian, wahai ibu-ibu (termasuk mama Kak Yong), janganlah marah sekiranya bapa-bapa ini tidak terjaga pada waktu malam ketika anak kecil menangis. Kerana, mereka juga hampir gagal mengenal pasti yang mana satu suara tangisan dan yang mana satu dodoian indah yang melenakan.... he..he..he....
Wallahu'alam.
2 comments:
Deria ke sembilan: Beri alasan kepada isteri... ha ha ha
ssd固態硬碟 外接式硬碟 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 External Storage Solid State Drives 關島機加酒 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 巴里島旅遊 巴里島spa推薦 巴里島機票 巴里島行程推薦 記憶體 情趣用品 情趣用品USB Flash Drives Memory Cards 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 投資美國物業 美國租金報酬 美國房屋買賣 房地產投資說明會 美國房地產 美國置產須知 美國房屋物件 SD記憶卡 隨身碟 高雄當舖 高雄汽車借款 高雄機車借款 高雄房屋二胎貸款 高雄汽機車免留車 花蓮民宿
Post a Comment