Wednesday, June 20, 2007

Emosi Bahasa

A : Awak berdua ini di kolej satu batch kah?

B : Tidak. Saya tahun satu, manakala C tahun dua. C lebih tua dari saya.


C : Heh B! Saya muda lagi lah, belum tua lagi.


B : Opss! maaf jangan marah...



Perbualan diatas adalah perbualan 3 orang gadis di dalam LRT ketika dalam perjalanan dari KL ke Taman Melati. Apa yang menarik tentang perbualan di atas ialah tentang kesan emosi daripada penggunaan bahasa atau psikologi bahasa.

Saya ingin menukar ayat gadis B :

"C lebih tua dari saya" kepada ayat "Saya lebih muda dari C"

Ayat kedua membawa makna yang sama seperti ayat pertama. 'Saya lebih muda dari C' bermakna 'C lebih tua dari saya'. Dalam ilmu tafsir, ia dipanggil faham sebaliknya atau 'mafhum muhalafah'.

Bagi sesetengah orang, tidak ada beza antara kedua-dua ayat tersebut. Tetapi, bagi sesetengah orang yang lain, ia membawa kesan psikologi yang besar. Bagi seseorang yang mementingkan penampilan, perkataan 'lebih tua' membawa gambaran seorang yang tua. Kajian menunjukkan kaum wanita lebih sensitif terhadap kesan usia berbanding lelaki. Seseorang yang sensitif dengan usia tidak gemar disebut 'tua'. Oleh yang demikian ayat yang pertama boleh menimbulkan kesan emosi negatif kepada pihak yang mendengarnya. Sekali gus, ia mewujudkan suasana tidak harmoni.

Ayat yang kedua (yang saya cadangkan), walaupun membawa makna yang sama, ia lebih harmoni. Ayat kedua menggunakan perkataan dan bahasa yang lebih positif. Gadis B tidak akan berasa dia seorang yang tua (walaupun sememangnya dia lebih tua).

Bahasa memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi emosi. Bahasa yang mempunyai daya persuasif yang tinggi adalah bahasa yang banyak menggunakan ayat dan perkataan positif.

Perhatikan ayat d bawah dan teka siapa yang lebih tua?

"Ali, Ahmad dan Abu adalah cucu kesayangan Pak Amin. Ali lebih muda dari Ahmad manakala Ahmad walaupun tidak semuda Ali, dia lebih muda dari Abu yang sentiasa kelihatan muda."

3 comments:

Dewangga Sakti said...

En Faris tak apa.Tuan masih muda.Baru 32 tahun.
Muda selamanya.

Rislah said...

Ni jawapan tidak ikut skema soalan... sekarang ini saya belum 32 tahun, kurang lagi 19 hari!

Anonymous said...

Yang tua ialah yang tidak muda...