Esok, 5-7 hb, saya kembali bermusafir. Kembali meninggalkan Taman Permata.
Musafir kali ini atas urusan kerja ke Pesta Buku Antarabangsa Jakarta. Menemui beberapa penerbit buku Indonesia sambil meninjau-ninjau pasaran buku-buku di sana. Rombongan seramai 7 orang ini akan diketuai oleh CEO, Pengurus Millenia & Islamika, Editor-editor kanan PTS.
Doakan rombongan kami dipermudahkan urusan, dilindungi Allah dan berhasil membawa pulang idea, pengalaman, kenalan, jaringan, ilmu, maklumat dan apa-apa yang dapat membantu meningkatkan produksi PTS.
Doakan saya sihat wal afiat... harap-harap malam ni suhu badan tidak lagi melebihi 38'C dan semoga beroleh kembali tenaga yang susut nilai sejak dua-tiga hari lepas. Yang pasti sejak kebelakangan ini saya perlu bawa bekalan paracetamol berkuasa tinggi apabila menaiki kapal terbang. Ini kerana selalunya apabila kapal terbang hendak mendarat, kepala saya akan berdenyut yang amat sangat. Tidak pernah pula bertanya doktor kenapa begitu, sebab naik kapal terbang jarang-jarang sekali... bukan macam naik LRT. Jadi, apabila hilang sakit kepala sebaik sahaja kapal mendarat, maka hilanglah juga niat hendak bertanya doktor. Lebih kurang macam kacang lupakan kulit.
Kalau teman-teman ada petua macam mana hendak elakkan sakit (yg amat dahsyat itu) boleh kongsi dengan saya. Mungkin boleh saya cuba...
Semoga dipanjangkan umur dan bertemu kembali...
Salamullahi 'Alaikum!
No comments:
Post a Comment