Seorang rakan Isteri saya, yang juga cikgu Kak Yong dan Abang Chor di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai sedang tenat di Wad ICU, Unit Kebakaran, HKL.
Puncanya, disambar api ketika hendak memasak akibat kebocoran dapur gas di rumah beliau beberapa hari lepas.
Menurut Dr, beliau terpaksa ditidurkan akibat kecederaan serius tersebut. 70% tubuh beliau terbakar.
Cikgu ini yang merupakan saudara baru menerima dugaan demi dugaan. Beliau diceraikan oleh suaminya (yang tidak memeluk Islam) apabila mengetahui perihal keislamannya. Anak-anaknya seramai tiga orang dipisahkan daripada beliau. Beliau juga diusir keluar daripada rumah yang dibeli bersama dengan suaminya dahulu.
Beliau bolehlah diibaratkan sebagai sebatang kara, tanpa bimbingan yang sempurna.
Ketika ini, beliau masih lagi belum sedar. Pelawat juga hanya boleh menziarahi beliau disebalik cermin kaca.
Semoga Allah memberikan beliau kekuatan, memelihara iman dan mengurniakan yang terbaik untuk beliau.
2 comments:
MasyaAllah. Sungguh besar dugaan beliau.... Semoga Allah memelihara beliau dunia akhirat.
Betul puan. Tolong doakan sekali. Nama dia Syifa Berinda Abdullah
Post a Comment