Sunday, May 20, 2007

Bengkel Cerita Fantasi

Kira-kira 14 jam yang lepas, di Sekolah al-Ikhlas, SifuPTS berkata dihadapan penuntut-penuntut UNIKA:

"PTS akan menerbitkan cerita-cerita hantu."

Sekalian penuntut hanya diam, sepi. Si Naganaga dan kuncu-kuncunya tersenyum sambil bebisik-bisik. Saya, meneguk air mineral, membasahi tekak yang belum bersarapan, walau secawan milo panas. Syikin terjenguk-jenguk dipintu kelas, sambil membetulkan cermin mata barunya.

SifuPTS berkata lagi: "Tetapi, buku cerita hantu PTS ini tidak akan menyebabkan pembaca takut kepada hantu. Sebaliknya, mereka akan menjadi bertambah berani dan yakin bahawa hantu atau jin itu amat takut kepada orang yang beriman. Sekaligus cerita ini mengajak pembaca mendekati Tuhan dan mengilangkan kepercayaan tahayul, khurafat serta menjauhi sebarang unsur syirik yang ada dalam jiwa sesetengah pembaca."

Sementara Sifu menerangkan dengan panjang lebar konsep buku cerita fantasi PTS, Si Naganaga sibuk mengusik teman-temannya. Syikin masih setia menjadi penjaga pintu. Saya, melayan fikiran yang mula menerawang jauh kebelakang. Selain terfikir tentang keenakan biskut kering yang dicicah dengan milo panas, saya mengeheret kenangan peristiwa lama.

Kira-kira 17 tahun lalu, di sebuah sekolah di pinggir kampung, di dewan makan asrama lelaki.

"Azri, bagus juga idea awak belajar di dewan makan malam-malam ini. Tidaklah bising sangat macam dekat kelas tu. Udara pun nyaman." Ujar saya kepada Azri, teman setia setiap kali mengulang kaji pelajaran di asrama.

"Itulah Ris, sudah lama saya ajak studi di sini, tetapi sombong, jual mahal. Awak lebih rela belajar dalam kelas yang panas dan bising itu." Jawab Azri sambil tersengih, seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada saya.

Sedang kami asyik menyiapkan kerja sekolah masing-masing, saya terdengar suara sayup-sayup: "Tolong... tolong... tolong"

Saya cuba mengamati punca suara itu dan jelas ia datang dari arah padang di tepi dewan makan. Ini sudah cukup meremangkan bulu roma kerana, di tepi padang itu terletaknya tanah perkuburan dan tidak ada sebarang rumah orang di situ.

Sekali lagi kedengaran: "Tolong... tolong...tolong..." Kali ini suara seperti wanita tua itu semakin jelas dan mendayu-dayu.

Saya berpaling kepada Azri yang kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Melihat Azri yang tenang itu hati kecil saya berkata: "Agaknya ini semua perasaan saya sahaja. Bulan puasa mana ada hantu. Semua sudah kena ikat!" Saya cuba menenangkan hati dan menumpukan perhatian kepada latihan matematik yang cukup memeningkan kepala itu.

"Tolong... tolong.. tolong.." Kali ini suara itu semakin jelas seolah-olah yang empunya suara bergerak menghampiri kami pula.

"Ris, Awak tidak ada dengar apa-apakah?" Suara Azri yang perlahan itu sudah cukup menegangkan urat-urat nadi di tengkuk saya.

Saya masih membuat kerja sekolah. Sambil itu dengan suara yang dibuat-buat tenang saya berkata: "Ada juga dengar... Tetapi, bukankah sekarang ini bulan puasa? Mana ada..." Saya tidak sempat menghabiskan kata-kata apabila melihat Azri lari lintang pukang meninggalkan saya.

"Woittt! Azri, kalau ya pun, tunggu lah saya!" Saya tidak menunggu lama untuk menjejak langkah seribunya.



P/S: Cerita macam ini sah tidak boleh lepas lembaga penapis PTS Fortuna.. errr.. tidak begitu cik puan editor, Syikin?

8 comments:

mba2u said...

Wow!.... Seram!!!

saridahamid said...

Baru dengar suara...sudah cabut!

Yang bernama Siti said...

Alamak, maknanya cerita-cerita saya yang seangkatan dengannya pun tak boleh lepas juga. Tapi nanti bila jumpa En. Faris saya nak tau kesudahan cerita ni ya.

ez said...

Awas! Jangan pandang belakang!

Rislah said...

MBA,

Heh.. tengah menaip ni pun boleh flashback seramnya.

Pn Saridah

Suaranya merdu bak bulu perindu...

Cik Puan Siti,

Kesudahan cerita ini bergantung kepada siapa editornya, Kalau Fortuna, versi lain..

Pn Ez,

Haha..waktu tu nampak depan sahaja...

Azree MH said...

Teringat masa tinggal di asrama dulu, tiba-tiba terbangun tidur di waktu malam. Gelap. Lebih kurang la macam cerita en Faris ni.

Kalau kisah hantu seperti yang saya tulis di blog ini bolehkah?

http://nuraninafa.blogspot.com/2007/04/amuk-oleh-noor-azree-b.html

sambungannya..

http://nuraninafa.blogspot.com/2007/04/amuk-ii.html

madoka miyajima said...

emm...cerita jangan pandang cermin boleh lepas tak?.,..heheheh...

azri said...

ini kisah aku la...kira plagiat ni...blh kene buang daerah ni