Di PTS, penulis memberi hadiah kepada editor tidak digalakkan. Takut boleh dikira sebagai salah satu bentuk rasuah yang mungkin boleh mempengaruhi keputusan editor di masa hadapan. Tetapi, editor-editor PTS tahu dimana garisan demarkasinya.
Mereka tidak me
minta, tetapi jika hendak beri juga, besar tapak tangan Dunkin Donut kami tadahkan. He..he..he.. Rezeki jangan ditolak. Hemm... pandai juga penulis-penulis PTS ini menjaga hati editor-editor mereka yang bertungkus lumus menjadikan impian suatu kenyataan.Bak kata pakcik Abraham Maslow dalam teori Hirarki Kerperluan Manusia: "Keperluan utama manusia adalah memenuhi tuntutan fisiologi iaitu makanan, minuman, pakaian dan sebagainya." Jadi, walaupun makanan bukanlah keperluan utama kami, tetapi di saat waktu makan tengahari ini, memangnya makanan yang dicari.
Terima kasih saudara Imad, makan donut dengan air milo panas sudah cukup untuk mengisi perut tengahari ini. Boleh sambung buat kerja...
No comments:
Post a Comment