Friday, May 11, 2007

Sakit Kepala

Hari ini saya bekerja dari rumah sahaja. Pagi tadi datang sekejap ke pejabat untuk mengambil beberapa bahan bagi menyiapkan tugasan yang tertangguh dek berkampung di PWTC.

Sakit kepala sejak lepas pesta buku semakin menjadi-jadi. Kalau sebelum ini sakit kepala ini boleh reda dengan minum air 100plus atau tidur sebentar, tetapi kali ni saya perlu makan panadol aktifast. Setiap biji Panadol itu mengadungi 500mg paracetamol. 2 x ganda banyaknya dari panadol yang biasa. Ikut arahannya saya perlu makan 2 biji, tetapi saya hanya berani makan satu biji sahaja. Takut juga badan ini nanti jadi kebal dengan ubat. Macam-macma cerita yang saya dengar tentang kesan sampingan Panadol.

Ketika sedang sakit kepala ni saya akan teringat pada petua emak. Biasanya apabila kami adik beradik sakit kepala atau demam, emak tidak cepat bawa berjumpa doktor. Sebaliknya dia akan gunakan petua tradisional turun temurun. Emak akan lumurkan kepala kami dengan minyak masak yang dicampur dengan hirisan bawang merah dan dibaca sepotong ayat al-Qur'an : ayat 69 surah al-Anbiya'. Alhamdulillah petua emak biasanya menjadi. Jadi, kami jarang jumpa doktor kecuali jika sakit yang melarat atau jika emak tidak ada petuanya.

Terima kasih atas 1001 petua emak. Kini saya banyak amalkannya apabila permata-permata hati saya sakit kepala atau demam... selain dari makan ubat doktor. Cuma untuk sakit kepala yang kali ini, sudah hampir seminggu masih tidak hilang. Kulit kepala ni sudah semakin tebal agaknya!!

2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam. Petua emak saudara itu ingin saya cuba nanti. Terima kasih.

Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu kita semua.. :)

Rislah said...

W'salam BP,

Silakan cuba, insya'Allah berkesan. Cuma tak tau lah kalau-kalau oleh kerana kulit kepala orang dewasa lebih tebal dari kulit kanak-kanak, maka kesannya agak perlahan...he..he.. wallahu'alam.